Thursday, March 26, 2009

DASAR-DASAR KERAJAAN (9)

Dasar Pembangunan Nasional
Latar Belakang:-
Dasar Pembangunan Nasional (DPN) telah dilancarkan pada 17 Jun 1991 yang merupakan satu kesinambungan DEB. Walaupun banyak kemajuan yang dicapai dalam DEB namun ianya tidak mencapai matlamat sepenuhnya. Masa yang lebih panjang diperlukan dan penekanannya adalah kepada strategi pembasmian kemiskinan.
DPN memberi penekanan untuk mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera disamping galakan kepada penglibatan sektor swasta. Penumpuan juga dibuat kepada pembangunan sumber manusia, sistem nilai dan etika. Pengagihan kekayaan akan dibuat dengan lebih saksama.
Objektif DPN:-
1. Perpaduan Negara
2. Taraf Negara Maju
Matlamat DPN:-
Matlamat DPN ialah untuk menyatupadukan penduduk pelbagai kaum dan mewujudkan Malaysia menjadi sebuah negara maju, aman dan makmur mengikut acuan sendiri sebagaimana yang digariskan dalam cabaran Wawasan 2020.
Dimensi Baru DPN:-
DPN adalah untuk memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan ekonomi:-
1. membasmi golongan termiskin dan kemiskinan relatif
2. menumpukan kepada perwujudan gunatenaga dan pembangunan pesat
3. meningkatkan penglibatan sektor swasta dalam proses penyusunan semula masyarakat
4. menumpukan kepada pembangunan sumber manusia
Strategi DPN:-
1. mewujudkan corak pembangunan yang seimbang
2. keseimbangan pertumbuhan dan pengagihan
3. saling melengkapi antara sektor
4. keseimbangan sosial dan ekonomi
5. integrasi nasional
6. masyarakat yang progesif, bermoral dan beretika
7. sumber manusia yang berkualiti
8. penggunaan sains dan teknologi
9. pemeliharaan alam sekitar
Program Pelaksanaan DPN:-
1. pencapaian yang berkualiti dan berkekalan
2. persaingan antarabangsa
3. wawasan 2020
4. pembasmian kemiskinan
5. penyusunan semula masyarakat

No comments: