Monday, March 2, 2009

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN ORGANISASI (6)

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC)
Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 2 Tahun 2002 bertujuan memberi panduan tentang pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC). APC mula diperkenalkan pada Tahun 1993 (Bilangan 2 Tahun 1983) untuk menjadikan Perkhidmatan Awam bermutu tinggi dan cemerlang.
Ia juga mengambil kira Pekeliling Bilangan 2 Tahun 1993 yang berkaitan dengan pelaksanaan Sistem Saraan Baru (SSB) supaya pemberian penghargaan lebih teratur. Manakala kaitan dengan Pekeliling Bilangan 2 Tahun 2002 tentang pelaksanaan Sistem Saraan Baru (SSB) mulai November 2002 dan diharapkan anugerah ini dapat memupuk semangat yang sihat,
Perkhidmatan Cemerlang diberikan kepada seseorang penjawat awam di mana penghasilannya melebihi daripada keperluan tanggungjawab biasa bagi jawatannya. APC juga akan dijadikan contoh kepada anggota yang lain.
Kaedah APC:-
a. diberi kepada semua yang terlibat
b. Borang Laporan Nilaian
c. pemilihan melalui Borang Laporan Nilaian Prestasi
d. ada Panel Pembangunan Pembangunan Sumber Manusia
e. penerima APC setiap organisasi tidak lebih 8% daripada jumlah anggota
Jenis-Jenis Hadiah dan Intensif:-
a. Sijil Perkhidmatan Cemerlang
b. Hadiah Prestasi RM1,000.00
c. peluang dan keutamaan untuk majukan kerjaya
d. peluang untuk docalonkan terima pingat
e. nama dan gambar dipamerkan di pejabat
Pekeliling ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2003

No comments: