Hukum Haram Makkah:-
Tanah Haram Makkah mempunyai keistimewaan yang tersendiri sebagaimana yang telah disebut hadis di Makkkah Al-Mukarramah (4). Di bawah ini pula akan disebut beberapa hukum yang dikhususkan kepada Makkah secara ringkas, antaranya:-
1. Tidak boleh memasuki Makkah bagi mereka yang ingin melakukan haji atau umrah kecuali dengan berihram:-
Rasulullah saw telah menetapkan miqat (tempat niat ihram haji dan umrah) bagi setiap penjuru jalan menuju ke Makkah kemudian Baginda bersabda yang bermaksud, "Semua miqat (yang telah ditentukan itu) bagi penduduk kawasan itu dan mereka yang melalui kawasan tersebut dari kalangan mereka yang ingin melakukan haji atau umrah". Hadis Riwayat Al-Bukhari.
Sesiapa yang melintasi miqat dengan tidak berihram hukumnya berdosa dan dikenakan membayar dam (denda). Sebaliknya noleh memasuki Makkah dengan tidak berihram jika seseorang itu masuk dengan tujuan lain (bukan haji atau umrah).
2. Tidak boleh memotong tumbuh-tumbuhan (pokok dan rumput) di Tanah Haram:-
Ulama' telah bersepakat (ijma') mengatakan haram memotong tumbuh-tumbuhan yang tumbuh dengan sendiri tetapi boleh memotong tanaman yang ditanam oleh manusia. Demikian juga boleh melepaskan binatang ternakan memakan rumput di Tanah Haram.
Sesiapa yang melakukannya, menurut Imam Malik, orang itu berdosa, dia mesti beristighfar tetapi tidak dikenakan sebarang fidyah (denda), Imam Abu Hanifah pula mengatakan dia dikenakan fidyah mengikut harganya. Imam Asy-Syafi'ie dan Ahmad mengatakan dia dikenakan fidyah (denda), bagi sebatang pokok besar iaitu seekor lembu, yang kecil seekor kambing dan rumput pula dikira dengan harganya.
3. Tidak boleh membunuh binatang perburuan:-
Ulama' telah bersepakat mengatakan haram bagi orang yang berada dalam ihram dan orang yang tidak berihram menangkap serta membunuh binatang perburuan yang hidup bebas (bukan dipelihara oleh sesiapa) di Tanah Haram.
Sesiapa yang membunuhnya, menurut jumhur (kebanyakkan) ulama' dikenakan balasan (jaza') sama seperti hukuman orang yang sedang berihram membunuh binatang perburuan di semua tempat. setiap binatang dinilai mengikut jenis dan saiz binatang yang seumpama dengannya. Kalau tidak ada yang seumpama dengannya maka ia dinilai dengan harganya.
Ada juga beberapa jenis binatang yang dibenarkan membunuhnya di Tanah haram dan semasa berihram, antaranya burung gagak, helang, kala jengking, tikus, anjing garang, ular, binatang buas, serigala dan burung reng pemakan bangkai.
......... bersambung.........

No comments:
Post a Comment