Thursday, March 19, 2009

DASAR-DASAR KERAJAAN (1)

Apakah yang dimaksudkan dengan dasar?
Mengikut Kamus Dewan, dasar ialah asas, teras, panduan atau tujuan. Dasar mempunyai tujuan (Matlamat, Fungsi dan Tugas) demi kepentingan negara, agensi, unit atau pihak tertentu. Tanpa dasar (dan tujuannya) keadaan akan menjadi kelam-kabut dan tiada satu pun akan tercapai seperti yang diinginkan.
Lain-lain definisi:-
1. Dasar ialah suatu kenyataan mengenai hasrat bagi mencapai sesuatu maksud atau kehendak.
2. Satu pengistiharan (hasrat dan ideologi kerajaan) dibuat dari semasa ke semasa untuk menyelesaikan atau mendapatkan atau mencapai objektif.

Era Pembentukan Dasar Kerajaan:-
a. Era Pertama:- era penjajahan barat
b. Era Kedua:- Malayan Union (a957)
c. Era Ketiga:- 1957 - 1969
d. Era Keempat:- 1970 - 1990
e. Era Kelima:- 1991 - sekarang
Mengapa Dasar Kerajaan Digubal?:-
1. meningkatkann kecekapan
2. meningkatkan produktiviti
3. mengurangkan kos pengeluaran
4. mengatasi masalah
5. meletakkan asas pentadbiran negara/organisasi
6. panduan bagi mencapai objektif
7. menyedarkan orang ramai perlunya sesuatu amalan baik dipraktikkan
Mengapakah Dasar Kerajaan Perlu Difahami?:-
1. supaya dapat merangka program dan pelan tindakan bagi mencapai objektif
2. mengatasi masalah dan konflik yang mungkin timbul dalam pelaksanaan dasar-dasar berkenaan
3. terlibat secara langsung sebagai kakitanganawam (pelaksana dasar) dan rakyat (sasaran)
Penggubalan dan Perlaksanaan dasar Memenuhi Objektif Berikut:-
1. pertumbuhan ekonomi
2. pengagihan pendapatan
3. kestabilan
4. kebajikan
5. pencapaian wawasan 2020
6. pencapaian Dasar Pembangunan Nasional
7. kedaulatan dan ketahanan negara



No comments: