Tuesday, March 10, 2009

DASAR PEMBANGUNAN NEGARA (5)

PENDIDIKAN TERTIARI
(Pendidikan selepas Tingkatan 5 dan 6/lepasan sekolah menengah)
1. Kolej Komuniti:-
Menyediakan kemudahan latihan dalam pelbagai bidang sebagai laluan alternatif ke pendidikan tinggi kepada lepasan sekolah dan penduduk setempat untuk tujuan pendidikan dan industri.
2. Politeknik:-
Menyediakan dan mempertingkatkan kemudahan pendidikan dan latihan pada peringkat separa profesional dalam bidang teknikal, perdagangan dan perkhidmatan. Ia juga merupakan laluan alternatif ke pendidikan tinggi kepada lepasan sekolah menengah
3. Pendidikan Tinggi Awam (IPTA):-
Menyediakan tenaga manusia yang mencukupi dari segi kuantiti dan kualiti untuk keperluan negara dan K-Ekonomi. Ia bertujuan mencapai pendemokrasian pendidikan tinggi dan keseimbangan sosioekonomi antara kaum
4. Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS)
Menyediakan lebih banyak peluang pendidikan tertiari di negara ini disamping mengurangkan pengaliran keluar pelajar Malaysia ke luar negara. IPTS juga membantu menjadikan Malaysia pusat kecemerlangan pendidikan yang mana bebanan yang ditanggung oleh kerajaan dapat dikurangkan. IPTS juga dapat menggalakkan menjalankan Penyelidikan dan Pembangunan
(R & D)
Isu dan Cabaran:-
1. Hanya 11% rakyat(18 - 21 tahun) yang berpeluang untuk mengikuti program pengajian tinggi bukan ijazah dan hanya 5% di peringkat ijazah
2. Merealisasikan konsep pembelajaran sepanjang hayat
3. Mencapai matlamat 60 : 40
4. Mendapatkan tenaga pengajar yang berkelayakan
5. Meningkatkan kemampuan R & D
6. Penggunaan ICT
7. Kenaikan kos pengajian yang tinggi

Strategi Pelaksanaan:-
1. Meningkatkan penyertaan pelajar (17 - 23 tahun) secara berperingkat-peringkat
2. Memperluaskan penglibatan sektor swasta
3. Menjadikan Malaysia pusat kecemerlangan pendidikan
4. Penekanaan kepada 60 : 40
5. Menyediakan tenaga pengajar
6. Mengukuhkan R & D
7. Bantuan kewangan atau pinjaman kewangan kepada pelajar

No comments: