Monday, March 9, 2009

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL

Maulid Nabi bermaksud rumah tempat kelahiran Nabi Muhammad saw iaitu di rumah bapanya Abdullah. Tempat ini terletak di Shi'b Abi Talib atau dikenali dengan nama Shi'b Ali dan Shi'b Bani Hashim, kerana Bani Hashim tinggal di tempat tersebut. Setelah Rasulullah saw berhijrah, rumah tersebut telah diambil oleh sepupunya 'Aqil bin Abi Talib, kemudian ianya telah dijual oleh anak-anaknya.
Ketika Khaizaran, ibu kepada Khalifah Harun Ar-Rashid daripada Kerajaan Abbasiyah yang datang mengerjakan haji, beliau telah membina masjid di tempat itu. Masjid tersebut kemudiannya telah diruntuhkan. Pada masa kini, tempat tersebut telah dijadikan sebagai perpustakaan umum. Perpustakaan tersebut telah dibina oleh Sheikh Abbas bin Yusuf Al-Qatthan pada tahun 1370H/1950M daripada hartanya sendiri. Sheikh Abbas merupakan bekas Datuk Bandar Makkah.
Kedudukan perpustakaan (maktabah) ini ialah di bahagian timur Masjidil Haram, iaitu di Suq Al-Lail (Pasar Malam), di kawasan Shi'b Ali. Tertulis di situ "Maktabah Makkah Al-Mukarramah".

No comments: