Sunday, March 22, 2009

SINAR DI MENARA TINGGI

semalam
aku nampak sinar di menara tinggi
ingin aku daki untuk mengenggam sinar itu
bagi menyinari
sudut-sudut yang kegelapan
dan
liku-liku yang kehitaman
kini
aku mendongak lagi ke puncak menara tinggi
dan terus aku daki
dengan hati yang tulus lagi suci
tika aku mendaki
kepedihan terasa di kaki
kini darah merah
menampakkan diri
hingga aku tak berdaya lagi
esuknya
menara tinggi tiada pengunjungnya
menara tinggi tiada pemujanya
dan
menara tinggi tiada diingati
kerana aku tak mahu lagi
mengenggam sinar suci itu
meskipun terbenam di hati aku
dan hilangnya ingatan itu
sehingganya aku mati

aninoor.a.m
teluk intan.

No comments: