Sunday, March 29, 2009

MAKKAH AL-MUKARRAMAH (9)

b. Penduduk Awal Makkah:-
Ahli sejarah menyebut bahawa Ka'abah telah dibina semenjak zaman sebelum Nabi Adam as. Ahli arkeologi juga menemui peninggalan yang menunjukkan Makkah sudah lama dihuni. Makkah bermula dengan kedatangan Nabi Ibrahim as bersama isteri dan anaknya Ismail as. Sebelum itu, Makkah hanyalah menjadi tempat laluan kafilah-kafilah dagangan. Tempat ini gersang tanpa air dan tumbuhan yang subur.
Ketika itu Makkah hanya ditumbuhi oleh pokok "As-Salam" dan As-Samur. Kawasan sekitar Makkah dihuni oleh kabilah "Amaliq". Ini diikuti oleh kabilah Jurhum apabila Hajar dan Ismail as tinggal di Makkah. Setelah Nabi Ismail as wafat, anaknya Thabit (Nabit) mengambil alih pemerintahan di Makkah. Ini diikuti oleh cucunya Mudhad bin Amru Al-Jurhum. Penduduk Makkah pada masa itu terbahagi kepada dua iaitu pengikut Mudhad dan Qatura.
1. Mudhad dan Jurhum menguasai kawasan atas Makkah (Al-Ma'la), berkampung di bukit Qu'aiqi'an. Bukit yang bertentangan dengan bukit Abi Qubais atau Istana As-Safa. Setiap kabilah perdagangan yang melalui kawasan mereka untuk memasuki Makkah akan dikenakan cukai 10 peratus.
2. Qatura ("Amaliq) pula tinggal di sebelah bawah Makkah (Al-Masfalah), Ajyat dan sekitarnya. Setiap pedagang yang melalui kawasan mereka untuk memasuki Makkah akan dikenakan cukai 10 peratus. Ketua kabilah ini bernama Al-Sumaida.
Mereka sentiasa berperang dengan kabilah Jurhum. Mudhad memdapat kemenangan dan pememrintahan Makkah berada di abawah kekuasaannya. Jurhum memerintah Makkah lebih daripada dua abad.

No comments: