Tuesday, March 3, 2009

CITA SUCI (BUAT TERSAYANG DI KELANTAN)

sayang
kata sucimu akan membelai cita murnimu
apa yang pasti kau tempohi
demi cita suci itu
demi bangmu yang sejati
demi pertiwimu yang disayangi
lalui dan tempohilah
setiap igauan dalam mimpi
yang bertakhta di hati
kerana aku akan bisa mengerti
betapa sucinya mimpi itu
betapa abadinya igauanmu
tapi
hanya secebis kata yang aku bekalkan
namun
kata-kata itu penuh berapi
yang pasti ku balut rapi
agar tidak ianya membakar diri
sayang
langkahilah liku-liku itu
tujuilah persimpangan yang dimimpi
biar pun liku itu penuh duri
biarpun ranjau tajam menikam kaki
jangan engkau peduli
agar igauan dalam mimpimu
tidak cuma mainan tidurmu

aninoor.a.m
teluk intan

No comments: