Monday, March 16, 2009

BANDAR RAYA IPOH (1)

Pokok Ipoh yang tumbuh meliar pada satu masa dulu terkenal dengan getahnya yang digunakan untuk senjata atau alat memburu iaitu "sumpit". Getah dari pokok ipoh tersebut diletakkan pada hujung "peluru" sumpitan. Getah ipoh ini sangat dikenali dikalangan orang asli kerana sumpitan adalah senjata atau alat perburuan utama mereka.
Nama Ipoh juga diambil sempena "pokok Ipoh" dan kini merupakan sebuah bandar raya yang terletak di Lembah Kinta yang terkenal dengan bijih timah. Ipoh yang bterletak di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang terbahagi dua oleh Sungai Kinta iaitu Bandar Lama (Old Town) dan Bandar Baru (New Town). Kedua-dua kawasan ini memiliki identiti masing-masing.
Ipoh merupakan ibu negeri Perak yang mempunyai keluasan 137.5 km persegi. Pada tahun 2007, bancian yang dibuat mendapati penduduk Ipoh berjumlah 710,798 orang. Ipoh mendapat status bandar raya pada 27 Mei 1988. Bunga rasmi bagi bandar raya Ipoh ialah Bunga Kertas (Bougainvillaea).
Kemudahan-kemudahan yang terdapat di Bandar Baru Ipoh (New Town) ialah pendidikan, pengangkutan, kesihatan, sukan dan riadah, pusat membeli belah, hospital, kelab golf, perumahan dan perpustakaan. Greentown telah memberi satu wajah baru kepada pembangunan ekonomi bandar raya Ipoh dengan pelbagai aktiviti komersial yang dijalankan.
Kemudahan perhubungan yang terdapat ialah, lebuhb raya PLUS, Keretapi Tanah Melayu (KTM), Lapangan Terbang Ipoh dan Terminal Bas.
Identiti Bandar Lama Ipoh (Old Town) masih dikekalkan. Bangunan-bangunan lama yang membentuk imej tersendiri kepada bandar raya Ipoh yang memiliki nilai-nilai sejarah terus dipelihara dan dikekalkan. Bangunan tersebut adalah Stesen Keretapi Tanah Melayu, Sekolah St. Michael, Muzium Darul Ridzuan, Muzium Geologi dan sebagainya.
Ipoh juga terkenal dengan destinasi pelancongannya. Antara destinasi yang menarik kunjungan para pelancong ialah tokong-tokong Buddha di Gua Tempurung, Taman Tema Tambun, Menara Peringatan Birchm Istana Kelly dan lain-lain.

2 comments:

skylark said...

betul le ipoh bandar yang indah walaupun nama ipoh ialah pokok yang beracun. kini ipoh telah kenali seluruh dunia. pasal pokok tua yang berdekatan dengan bangunan kerajaan negeri dan batu tanda yang baru saje dirobohkan itu.

amalhaj said...

Ipoh mali tatak sombong maaaaa
Ikut kajian, amoi-amoi Ipoh adalah yang tercantik di Malaysia. Betul ke?