Tuesday, March 3, 2009

DASAR PEMBANGUNAN NEGARA (1)

DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL (DPN)
Latar Belakang:-
Dasar Pembangunan Nasional (DPN) telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad pada 17 Jun 1991. DPN dikenali sebagai Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2). RRJP 2 ini mengambil masa dilaksanakan selama 10 tahun iaitu dari tahun 1991 hingga 2000. RRJP 2 juga merangkumi Rancangan Malaysia Keenam (RMK6) yang dilaksanakan tahun 1991 hingga tahun 1995 dan Rancangan Malaysia Ketujuh (RMK7) mulai tahun 1996 hingga tahun 2000. Antara lain yang terlibat dalam DPN ialah Koridor Raya Multimedia dan Dasar Telekomunikasi Negara.
Objektif DPN:-
a. perpaduan masyarakat
b. kestabilan sosial dan politik
c. taraf negara maju
d. penyusunan semula masyarakat dan membasmi kemiskinan
Aspek Penting Dalam DPN:-
a. mewujudkan keseimbangan optimum dan pengagihan ekonomi
b. menghapuskan ketidakseimbangan sosial dan ekonomi
c. pengukuhan integrasi nasional
d. membangunkan masyarakat progresif
e. memajukan sumber manusia
f. menjadikan sains dan teknologi sebagai asas perancangan dan pembangunan sosioekonomi
g. memelihara alam sekitar
Dimensi Baru DPN:-
a. membasmi kemiskinan
b. masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera (MPPM)
c. bantuan sektor swasta untuk pembangunan semula masyarakat
d. pembangunan sumber manusia
Strategi Pelaksanaan:-
a. penekanan kepada pendidikan dan latihan
b. menarik pelabur luar
c. amalkan dasar liberal
d. tingkatkan daya saing sektor swasta dan perdagangan antarabangsa
e. membasmi kemiskinan melalui pengurangan ketidakseimbangan antara wilayah
f. menyusun masyarakat mengikut fungsi ekonomi dan hak milik
g. menjadikan RRJP 2 kerangka ke arah mencapai negara maju (wawasan 2020)
h. melaqntik majlis pembangunan negara sebagai pemantau
i. dasar telekomunikasi dan koridor raya multimedia diperkenalkan agar negara mampu bersaing dalam era globalisasi.

No comments: