Sunday, March 15, 2009

BUNGA DAN HATI

inginku petik bunga yang mekar itu
tapi
sakit-sakit jari jemariku
kerana ianya berduri
inginku cium bunga yang wangi itu
tapi
sakit-sakit dihatiku
kerana ianya ada penjaganya
bunga-bunga di taman mekar sekali
bunga-bunga di jambangan harum mewangi
tapi
bunga di hati
terbiar sepi tanpa peduli
kini
tiada lagi bunga yang mewangi
tiada lagi bunga yang berseri
semuanya menunduk layu
bagai membisu
tanpa irama dan lagu
aninoor.a.m
teluk intan

2 comments:

skylark said...

manusia suka dan sayang kepada bunga kerana ia cantik dan berwarna-warni. Oh, jaga, berduri!

amalhaj said...

Yang berduri itulah yang paling disukai oleh manusia kerana pasti cantik dan wangi