Saturday, March 28, 2009

MAKKAH AL-MUKARRAMAH (8)

Makkah Menerusi Sejarah
a. Kedudukan Makkah:-
Makkah terletak du bahagian barat negara Arab Saudi, di bumi Hijaz, di lembah yang dikelilingi oleh bukit-bukau dari semua penjuru. Kawasan rendah di sekitar Makkah dinamakan "Al-Bat-haa", di bahagian timur Masjidil Haram dinamakan "Al-Ma'lah", di bahagian barat dan selatan dinamakan "Al-Masfalah" atau "Al-Misfalah". Rasulullah saw merupakan dari kalangan penduduk di bahagian Al-Ma'lah. Baginda dilahirkan dan tinggal di kawasan tersebut sehinggalah berhijrah ke Madinah, kemudian memasuki semula Makkah sewaktu pembukaan Kota Makkah pada tahun 8 Hijrah.
Makkah mempunyai tiga pintu masuk:-
1. Al-Ma'lah - dikenali juga dengan nama Al-Hujun atau Al-Hajun
2. Al-Masfalah
3. Asy-Syubaikah
Secara geografinya Makkah terletak di garisan lintang (latitude) 19, 25, 21 di bahagian utara dan rais bujur (longtude) 46, 49, 39 di bahagian timur. Tingginya dari paras laut lebih daripada 300 meter. Makkah dianggap sebagai pusat bumi dan berada di tengah-tengahnya.

No comments: