mereka bersama tangisan
dari sebuah rintihan yang tiada belas
apatah lagi kasihan
dengan mata yang masih merah
bersama sedu yang merayu
menatap manusia jalang
dan jentera besi yang curang
tiada lagi tempat berlindung
cuma padang jarak terhampar megah
kini mereka telah pergi
tanpa aku sedari
manusia yang jalang terus menerkam
satu persatu menyembah bumi bertuah
kemanakah penghuni tadi?
namun tiada temui
sebab dadaku atas kecurangan ini
pilu jiwaku kerana kezaliman
dan hatiku terus berkata-kata
"di manakah keadilan?"
"di manakah keadilan?"
"di manakah keadilan?"
aninoor.am
teluk intan
No comments:
Post a Comment