Thursday, April 30, 2009

SUNGAI SIPUT - MAIN-MAIN BOLA TAMPO

TAJUK:- BOLA TAMPO
CERITERNYER:-
Semalam pade aribulan 29, Bulan 4, Tahun 2009, Jam 5.30 petang, staf ofis teman ngadekan perlawanan bola tampo ngan staf ospital sunga siput. Memang hebat bebeno deme main masukle teman. Teman kate hebat sebab mase teman main semenyer menang. Ofis teman menang 2 -1. Tahniah pade kekawan ofis teman dan juge tahniah pade kekawan staf ospital sunga siput kerane sudi trime keme seme main kat tempat mengkome.
Ini le gambo pemain-pemain yang nak nampo bola tuh. Hensem tak deme seme, sian teman tak mandang pun dalam gambo, kalo tak lagi hensem le gambo keme seme tuh.
Pritttttttttt..... faul, faul, faul.... oiii mengkome seme suruh aku jadi pengadil tapi mengkome seme tak nak dengo arahan aku, mane bole jalan. Kang aku bagi kad merah nanti atau aku ngantung wisel baru mengkome seme tak boleh main.
Aiiiii, mike tuh pegang ape? Tak terobang burung mike tuh. Main elok-elok yer kalo kalah malu le teman dgan kekawan lain. Kawan teman yang soghang nih nadah tangan pulak nak buat aper. Takkan nak jampi pulak tengah-tengah main tu. Lain le kalo belum main lagi.
Fohhhhhh! Gayatnyer. Ape lagi lompat and tampo ler bole tuh nanti lawan ambik dan tampo abis simen anco langsung tak boleh main. Bola gayat macam tuh kene ati-ati nanti mengkome seme pening pale pulak lagiiiiiiiiiii haru.
Oiiiii.... kan ker main bola tampo ade 6 pemain? Mane pegi soghang lagi? Ni mesti kes ngelat nih atau pegi minum maklumle dahage berlatih pun jarang bebeno mane tak letihnyer. Mengkome seme pegi cepat cari kawan soghang lagi tuh. Ntah, ntah pegi ngusik misi kat ospital nih.
Peiittttt! Alamak dan lagi mike ngorat misi yer? Memang pun misi yang lalu tuh tengah buat latihan kat ospital sunga siput nih. Bawah 20 pun ade, ati-ati bang nanti sangkut kat bawah 17 haru le pulak kut-kut kene rotan kan ke naya.

Wednesday, April 29, 2009

MAKKAH AL-MUKARRAMAH (15)

Pembinaan Ka'bah - Binaan Shith bin Adam:-
Binaan ketiga oleh Shith adalah selepas hilangnya kesan binaan Adam as. Al-Azraqi telah meriwayatkan dari Wahab bin Munabbih bahawa beliau berkata:- "Apabila diangkatkan khemah yang diturunkan oleh Allah swt kepada Adam as daripada perhiasan syurga untuk diletakkan di tapak Baitullah di Makkah selepas wafatnya Adam as , anak-anaknya pun membina di tempat itu sebuah rumah daripada tanah dan batu. Mereka dan generasi-generasi seterusnya sentiasa memakmurkan rumah itu sehinggalah ia musnah dalam banjir yang berlaku pada zaman Nabi Nuh as. Apabila tiba zaman Nabi Ibrahim as, Allah swt telah memerintahkan baginda supaya membina semula rumah itu".
Pembinaan Ka'bah - Binaan Nabi Ibrahim as dan Ismail as:-
Binaan Nabi Ibrahim as bersama anaknya Ismail as telah diceritakan oleh Allah swt dalam Al-Quran dan terdapat banyak riwayat yang sahih dalam kitab-kitab hadis mengenainya. Antaranya ialah:-
1. Firman Allah swt yang bermaksud:- "Dan ingatlah, ketika Nabi Ibrahim meninggikan (membina) asas-asas Baitullah bersama Ismail (seraya berdoa): Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui".
2. Firman Allah swt yang bermaksud:- "Dan ingatlah, ketika Kami (Allah) menyediakan kepada Ibrahim tempat Baitullah (dengan mengatakan) janganlah engkau mempersekutukan Aku dengan sesuatu pun dan sucikan Rumah-Ku ini untuk orang-orang tawaf dan orang-orang yang beribadat dan orang-orang yang ruku' dan sujud".
Pembinaan Ka'bah yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim as dan Ismail as adalah berdasarkan perintah daripada Allah swt iaitu selepas beberapa kali Nabi Ibrahim as datang meziarahi isteri dan anaknya Ismail as di Makkah. Pada kedatangan kali ketiga, baginda telah diperintahkan agar membina Ka'bah. Ketika itu Ismail as telah berumur 20 tahun dan ibunya telah meninggal dunia. Sewaktu Nabi Ibrahim as tiba anaknya Ismail as sedang duduk di bawah pokok berdekatan dengan telaga Zamzam sambil mengasah anak panah. Nabi Ibrahim as memberi salam dan duduk bersamanya. Baginda berkata kepada Ismail:- "Wahai Ismail! Sesungguhnya Allah swt telah memerintahkanku supaya membina Ka'bah". Ismail mnjawab:- "Taatlah perintah Allah itu". Lalu bapanya berkata lagi:- "Allah juga memerintahkan agar engkau membantuku dalam pembinaan ini". Ismail bertanya:- "Di manakah tempatnya?". Nabi Ibrahim as menunjukkan tempat yang telah ditunjukkan kepadanya oleh malaikat yang mengiringinya. Selepas itu mereka mula menggali tapak pembinaan serta berdoa:- "Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui". (Surah Al-Baqara:- 127).

MESTIKAH

mestikah akan aku pergi jauh
bersama hati yang telah terguris
pedih
berbaur sedih dan rintih
mestikah akan aku pergi jauh
bersama hati yang telah terhina
malu
tersepit geram dan faham
mestikah akan aku lalui
saki dan baki penghidupan ini
bersama hati yang berdarah
dengan luka yang turut menjadi parah?
mestikah akan aku terima kenyataan ini
segala nista yang terpalit mesra
dari bibir manis tapi penuh berbisa?
mestikah akan aku mempercayai
gadis ayu yang terlalu dicinta
gadis ayu yang terlalu dipuja
bergelumang bersamanya hempedu
yang terlalu pahit untuk aku kecapi?
mestikah segala-galanya itu
mestikah ianya akan menjadi nyata
mestikah?
mestikah?
mestikah?

anis.am
teluk intan



KEPIMPINAN (12)

MATLAMAT STRATEGIK
1. Pengurusan dan Kepemimpinan:-
a. memantapkan pengurusan organisasi yang berkualiti
b. melaksanakan pembangunan sumber manusia berteraskan ilmu, iman dan amal
c. memantapkan pengurusan sekolah sebagai "pemimpin instruktional" yang cekap dan berkesan
d. menguruskan infrastruktur dengan cekap
e. menguruskan kewangan dengan efisien, akauntabiliti dan integriti
f. menguruskan pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dengan cekap dan berkesan
2. Kecemerlangan Akademik:-
a. meningkatkan kecemerlangan dalam peperiksaan awam
b. meningkatkan penguasaan kemahiran asas dalam kalangan murid
c. memantapkan pelaksanaan dasar 60:40
d. memantapkan pelaksanaan dasar PPSMI
e. meningkatkan penguasaan dan penggunaan TMK
f. meningkatkan ketrampilan murid
g. meningkatkan penguasaan ilmu dengan mengamalkan budaya pembelajaran sepanjang hayat
3. Kecemerlangan Sahsiah:-
a. mengukuhkan pembudayaan adab warga sekolah
b. memantapkan disiplin murid
c. memantapkan perpaduan dalam kalangan warga sekolah
d. meningkatkan semangat patriotisme dalam warga sekolah
e. mengukuhkan pembentukan jati diri dalam kalangan warga sekolah
f. meningkatkan penglibatan keluarga dan masyarakat dalam pembentukan sahsiah warga sekolah
4. Pembangunan Sukan:-
a. mewujudkan peluang untuk murid mengembangkan bakat
sukan
b. mewujudkan budaya saing secara sihat, memupuk nilai kerjasama serta membangkitkan
semangat patriotik dan perpaduan secara berterusan
c. mengembangkan bakat dan potensi pelajar atlet ke peringkat yang lebih tinggi
d. meningkatkan ilmu dan kemahiran dalam kalangan pengurus dan pemimpin sukan
e. meningkatkan kuantiti dan kualiti infrastruktur sukan
f. menghargaai segala pengorbanan dan sumbangan pelajar atlet
dan pemimpin sukan
5. Kecemerlangan Kokurikulum:-
a. mempertingkatkan kompetensi pengurusan kokurikulum
b. mewujudkan peluang kepada murid mengembangkan bakat dan potensi kepemimpinan
c. menanam sikap positif, nilai-nilai murni dan membangkitkan
semangat patriotik dan integrasi antara kaum secara berterusan
d. meningkatkan aktiviti penyelidikan bagi tujuan memperkayakan ilmu pengurusan dan kepemimpinan dalam bidang kokurikulum
e. meningkatkan penggunaan infrastruktur kokurikulum kepada warga sekolah

MENGKOME FIKIO LE SENDIRI

Berita Harian Rabu 29 April 2009 (4 JamadilAwal 1430) Nasional ms9

Tuesday, April 28, 2009

KEPIMPINAN (11)

Perancangan Strategik
Lima misi utama Perancangan Strategik 2005 - 2010 Jabatan Pelajaran Perak:-
1. Pengurusan dan kepemimpinan pendidikan yang cekap, berkesan, telus dan tulus
2. Akademik yang berasaskan pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti bagi encapai keputusan peperiksaan yang terbilang
3. Sahsiah yang berasaskan program pembangunan insan
4. Sukan yang berasaskan pendekatan saintifik dan inovatif
5. Kokurikulum yang berasaskan pembinaan generasi bestari
Pemupukan Nilai dan Etika Baru Berlandaskan:-
1. Penyelidikan dan pembangunan
2. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
3. Pengurusan berasaskan data dan maklumat
Matlamat Strategik:-
1.Pengurusan dan Kepemimpinan
2. Kecemerlangan Akademik
3. Kecemerlangan Sahsiah
4. Pembangunan Sukan
5. Kecemerlangan Kokurikulum

MENGKOME FIKIO LE SENDIRI


JENAMA TERHEBAT









MAKKAH AL-MUKARRAMAH (14)

1. Pembinaan Ka'bah - Binaan Malaikat:-
Al-Azraqi meriwayatkan dari Muhammad Al-Baqir bin Ali Zainal Abidin bin Al-Husain bahawa beliau berkata:- "Allah swt berfirman kepada malaikat:- "Aku akan menjadikan khalifah di muka bumi". Kemudian para malaikat bertanya:- "Adakah Tuhan kami hendak menjadikan di bumi orang-orang yang akan melakukan kerosakan?"
Setelah itu mereka merasa bersalah dan takut dimurkai oleh Allah swt lalu mereka bertawaf di sekeliling Arasy untuk memohon ampun kepada Allah swt. Kemudian Allah swt menjadikan di bawah Arasy sebuah rumah iaitu "Bait Al-Ma'mur" dan Allah swt berfirman kepada malaikat agar bertawaf di rumah itu dan bukan lagi di Arasy.
Allah swt kemudiannya mengutus para malaikat supaya membina Baitullah di bumi supaya makhluk di bumi dapat melakukan tawaf sebagaimana makhluk di langit bertawaf di Bait Al-Ma'mur.
2. Pembinaan Ka'bah - Binaan Nabi Adam as:-
Al-Azraqi meriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa beliau berkata:- "Semasa Adam as diturunkan dari syurga dan sampai ke bumi, baginda telah berkata:- "Wahai Tuhan, mengapa aku tidak mendengar lagi suara malaikat?"
Allah swt berfirman:- "Semuanya kerana kesalahan engkau wahai Adam". Kemudian Allah swt memerintahkan sipaya baginda membina Ka'bah dan betawaf mengelilinginya sebagaimana malaikat mengelilingi Arasy. Adam berjalan menuju ke tapak pembinaan Ka'bah. Bumi dikecilkan oleh Allah swt dan temph perjalanan menjadi pendek.
Setiap tempat yang dipijak oleh Adam akan dijadikan oleh Allah swt sebagai kawasan yang subur dan berpenghuni. Apabila sampai ke Makkah, malaikat Jibrail memukul dengan sayapnya di tapak pembinaan Ka'bah dan malaikat membawa batu kepadanya untuk membina Ka'bah. Bahan binaan terdiri daripada batu yang diambil daripada lima gunung iaitu gunung Lubnan, Tur Zaita, Tur Sina, Juudi dan Hira'.
Konkritnya pula dibuat daripada batu pejal hitam. Kata Ibnu Abbas:- "Adam adalah merupakan manusia pertama yang mengasaskan Al-Bait (Ka'bah). Baginda menunaikan solat serta bertawaf di situ".
Imam Asy-Shafi'ie meriwayatkan daripada Muhammad bin Ka'ab Al-Qurazi katanya:- "Sewaktu Adam as menunaikan fardhu haji baginda telah berjumpa dengan malaikat. Mereka berkata kepadanya:- "Sempurnakan haji engkau wahai Adam. Kami telah melakukan haji sebelum daripada engkau semenjak 2000 tahun yang lalu.

Monday, April 27, 2009

MENGKOME FIKIO LE SENDIRI


KEPIMPINAN (10)

AKAUNTABILITI:-
Akauntabiliti bermaksud bertanggungjawab ke atas apa yang dilakukan dan kesediaan mempertahankan tindakan tersebut jika dipertikaikan atau diminta penjelasan. Akauntabiliti sewajarnya diberikan kepada:-
1. Organisasi
2. Ketua
3. Ahli Kumpulan
4. Diri Sendiri
Akauntabiliti kepada organisasi:-
a. menjaga nama baik organisasi
b. menjalankan tugas dengan semangat yang tinggi
c. berusaha menjalankan tugas dengan sempurna
d. berdisiplin tinggi
Akauntabiliti kepada ketua:-
a. menghormati ketua
b. mengikut dan mematuhi arahan ketua
c. menjaga nama naik ketua
Akauntabiliti kepada ahli kumpulan:-
a. tidak berpandangan negatif terhadap ahli-ahli kumpulan
b. tidak merendah-rendahkan kemampuan ahli-ahli kumpulan
c. bekerjasama dan bekerja dalam satu pasukan
d. saling bantu membantu dalam tugas
Akauntabiliti kepada diri sendiri:-
a. menjaga nama dan imej diri
b. mempunyai sikap yang positif dalam kerjaya
c. penonjolan diri yang hebat melalui kemahiran dan kepakaran

MAKKAH AL-MUKARRAMAH (13)

Sejarah Pembinaan Ka'bah:-
Ka'bah ialah Baitullah Al-Haram dan ia merupakan kiblat bagi umat Islam. Allah swt telah menjadikan baginya beberapa kelebihan seperti hubungannya dengan dua Rukun Islam iaitu solat dan haji. tidak sah solat seseorang itu sekiranya dia tidak menghaadapkan muka ke arahnya dan tidak sah haji seseorang sekiranya dia tidak melakukan tawaf mengelilingnya.
Firman Allah swt yang bermaksud:-
"Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangunkan untuk manusia (sebagai tempat beribadat) ialah Baitullah yang berada di Bakkah (Makkah) yang diberkati dan menjadi petunjuk bagi manusia".
Tidak ada khilaf (perselisihan pendapat) di kalangan ulama' bahawa rumah ibadat yang pertama didirikan untuk manusia ialah Ka'bah. Ini berdasarkan hadis Abi Zar Al-Ghifari ketika beliau bertanya Rasulullah saw:- "Wahai Rasulullah, apakah masjid yang paling awal dibina?" Jawab Rasulullah saw:- "Masjidil Haram". Kemudian beliau bertanya lagi:- "Selepas itu?" Jawab Rasulullah saw:- "Masjidil Aqsa".
Tidak ramai yang tahu sejarah pembinaan Ka'bah dan Masjidil Haram. Kisah pembinaan Ka'bah sebenarnya bermula sebelum Allah swt menjadikan bumi dan segala isinya. Perkara ini berdasarkan kepada maklumat yang disebut dalam kitab-kitab sejarah.
Pembinaan Ka'bah telah melalui beberapa peringkat. Riwayat tentang pembinaan ini sebahagiannya telah sabit dan dalil yang terang dan jelas dan sebhagiannya pula hanya berdasarkan catatan sejarah. Berikut adalah secara ringkas mengenai sejarah pembinaan Ka'bah.
1. Binaan Malaikat
2. Binaan Nabi Adam as
3. Binaan Shith bin Adam
4. Binaan Nabi Ibrahim dan ismail as