Sunday, April 12, 2009

KEPIMPINAN (1)

Kepimpinan:-
Kepimpinan adalah merupakan sebagai satu proses perhubungan antara dua atau lebih manusia. Seseorang itu cuba mempengaruhi yang lain ke arah pencapaian sesuatu matlamat atau tujuan. Pengaruh yang dipunyai oleh seseorang itu pada kebiasaannya dikaitkan dengan kuasa (power) yang dimiliki.
Terdapat beberapa kuasa yang ada pada seseorang pemimpin:-
1. Kuasa yang sah (legitimate power):-
Kuasa melalui proses perundangan atau pengundian di mana kuasa ini tidak kekal
2. Kuasa Ganjaran (Reward power):-
Kuasa yang berkemampuan memberi ganjaran (hadiah, wang, perakuan dan pengiktirapan)
3. Kuasa Paksaan (Coercive power):-
Kuasa ini bukan hanya setakat membri ganjaran tapi juga boleh menghukum. Ia berkaitan dengan kuasa yang sah. Ia sukar untuk mendapatkan sokongan dan ditakuti
4. Kuasa Maklumat (Information power):-
Kuasa yang mempunyai maklumat-maklumat penting yang diperlukanoleh pihak lain dalam menjalankan tiugas.
5. Kuasa Hubungan (Connection power):-
Berkebolehan berhubung dan dengan siapa dia membuat laporan
6. Kuasa Rujukan (Reference power):-
Memiliki moral yang tinggi, berperibadi mulia dan sentiasa menjadi sumber inspirasi kepada orang lain. Ia juga dapat digunakan untuk mempengaruhi orang lain)
7. Kuasa Kepakaran (Expert power):-
Ilmu pengengtahun, kemahiran, Latihan serta pengalaman, seseorang individu mampu mempengaruhi orang lain.
Kesimpulan:-
1. Kepimpinan dalam organisasi melibatkan semua peringkat
2. Kuasa bukan hanya kepunyaan pengurusan atasan tetapi kepunyaan bersama
3. Keberkesanan kepimpinan bergantung kepada jenis dan cara menggunakan kuasa

No comments: