Friday, April 10, 2009

KEPEDIHAN ITU SERING MENGHAMPIRI






sakit-sakit tangan dan kaki
yang tertitik titisan embun
pedih dan perit luka merah
membesar membuntingkan nanah
pedih dan perit jantung ini
tercurah air penawar
agar sejuk ianya kembali
jerit pekik mulut-mulut yang bisa
tertampal dan terjahit
terus enyap dan lenyap
sepi, sunyi dan tiada bunyi
kepedihan yang menghampiri
terus meresapi dalam diri
tanpa dipeduli betapa sakitnya
kerana tiada upaya
dan tiada tenaga

aninoor.am
teluk intan




No comments: