Friday, April 3, 2009

MAKKAH AL-MUKARRAMAH (10)

a. Sejarah Telaga Zamzam:-
Sejarah telaga Zamzam secara umumnya adalah sejarah penghijrahan Siti Hajar bersama anaknya Ismail as ke Makkah. Ia merupakan salah satu episod dalam sejarah pendudukan Makkah. Ibrahim as telah membawa Hajar dan Ismail as yang ketika itu masih menyusu, ke satu tempat yang berdekatan dengan Ka'abah. Baginda meletakkan mereka di bawah pokok yang merupakan tempat telaga Zamzam pada hari ini. Ia merupakan tempat paling tinggi di dalam kawasan masjid.
Makkah pada ketika itu tiada penghuni dan sumber air. Ibrahim menurunkan mereka di situ dan meletakkan di sisi mereka sebuah bekas daripada kulit yang mengandungi beberapa biji tamar dan sebuah bekas air. Hajar menyusui Ismail dan meminum air dari bekasnya, Apabila air tersebut telah habis, beliau merasa dahaga. begitu juga anaknya Ismail. Ismail menangis kerana kepanasan dan dahaga. Hajar berulang-alek dari Bukit Safa ke Bukit Marwah sebnayak tujuh kali namun tiada terjumpa air.
Apabila sampai di Marwah pada kali ke tujuh, Hajar terdengar bunyi air keluar dari bumi dan kelihatan malaikat sedang menggali tanah sehingga air mengalir keluar dari tempat itu. Hajar mula membuat batas dengan tangannya di sekeliling mata air tersebut dan mengisi bekas airnya dengan air yang mula mengalir keluar. Masa timbulnya Zamzam ke atas muka bumi dari zaman Nabi Ibrahim as dan Ismail as hingga kita sekarang sudah hampir 5000 tahun.
Perkataan "zamzam" dipercayai berasal daripada ungkapan "zomk-zomk" bermakna "berhenti mengalir" - yang diluahkan oleh Siti Hajar dalam percubaannya menakung air yang berhamburan keluar.
Menurut hadis, Abu Tharr Al-Ghifari, sahabat Nabi Muhammad S.A.W, berkata semasa beliau mula-mula tiba di Mekah pada zaman permulaan Islam, beliau hidup dengan meminum air zamzam selama sebulan. Telaga zamzam dalamnya 30 meter sahaja dan kedalaman air hanya 3.32 meter. Dapat bayangkan. Ada beberapa punca mata air di bawah 13 meter. Ujian mengeluarkan air pada kelajuan 8000 liter/second selama tempoh 24 jam menunjukkan paras air surut dari para 3.23 meter kepada 12.72 meter dan kemudian 13.39 meter selepas itu. Paras air kembali normal ke paras 3.9 meter selepas 11 minit.

No comments: