Setelah kita mengetahui kelebihan dan keutamaan air Zamzam, maka kita digalakkan meminumnya dengan sepuas-puas sekiranya kita berpeluang, minumlah dengan niat yang baik. semoga Allah swt menunaikan segala hajat yang dikehendaki dan menyembuhkan segala penyakit yang dihadapi.
1. Adab meminum air Zamzam:-
- minum dengan tiga nafas, iaitu dengan tiga kali teguk
- baca "Bismillah" setiap kali meminumnya
- menyebut "Alhamdulillah" pada setiap nafas
- tangan kanan memegang bakas minuman
- berdoa setelah selesai meminum air Zamzam, maksud doa tersebut ialah:-
"Ya Allah, aku memohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan daripada semua penyakit".
Pelbagai pendapat yang diperolehi antaranya:-
- Ulama' mazhab Hanafi menyatakan sunat meminum air Zamzam sambil berdiri
- Ulama' mazhab Hanafi menyatakan sunat meminum air Zamzam sambil berdiri
- Ulama' mazhab Maliki dan Hanbali menyatakan harus minum air Zamzam sambil berdiri
- Ulama' Asy-Syafi'iyyah pula menyatakan sunat meminum air Zamzam sambil duduk dan makruh meminumnya sambil berdiri.
Daripada 'Ali bin Abi Talib ra katanya:- "Rasulullah saw telah meminta setimba air Zamzam lalu meminum dan berwudhu' dengannya".
4. Kebenaran membawa Zamzam ke seluruh pelusuk dunia:-
- Nabi saw telah menghantar surat kepada Suhail bin 'Amr yang berbunyi:- "Jika surat ini sampai kepadamu pada waktu malam, maka janganlah kamu lengahkan sehingga waktu pagi atau jika ia sampai pada waktu pagi janganlah kamu lengahkan sehingga waktu petang untuk menghantar air Zamzam kepadaku".
- Sayyidatina Aishah ra pernah membawa air Zamzam di dalam botol dan beliau memberitahu bahawa Rasulullah saw telah membawanya di dalam bekas air. Baginda menyiramkan ke atas orang yang sakit dan menyuruh mereka meminumnya".
- Para ulama' pernah berkata:- "Sebab dibolehkan untuk mengeluarkan air Zamzam daripada Tanah Haram ialah kerana air Zamzam akan bertambah dan tidak berkurang dan batu tidak boleh dikeluarkan (menurut mazhab Syafi'ie) kerana ianya tidak bertambah".
No comments:
Post a Comment