Monday, April 27, 2009

MAKKAH AL-MUKARRAMAH (13)

Sejarah Pembinaan Ka'bah:-
Ka'bah ialah Baitullah Al-Haram dan ia merupakan kiblat bagi umat Islam. Allah swt telah menjadikan baginya beberapa kelebihan seperti hubungannya dengan dua Rukun Islam iaitu solat dan haji. tidak sah solat seseorang itu sekiranya dia tidak menghaadapkan muka ke arahnya dan tidak sah haji seseorang sekiranya dia tidak melakukan tawaf mengelilingnya.
Firman Allah swt yang bermaksud:-
"Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangunkan untuk manusia (sebagai tempat beribadat) ialah Baitullah yang berada di Bakkah (Makkah) yang diberkati dan menjadi petunjuk bagi manusia".
Tidak ada khilaf (perselisihan pendapat) di kalangan ulama' bahawa rumah ibadat yang pertama didirikan untuk manusia ialah Ka'bah. Ini berdasarkan hadis Abi Zar Al-Ghifari ketika beliau bertanya Rasulullah saw:- "Wahai Rasulullah, apakah masjid yang paling awal dibina?" Jawab Rasulullah saw:- "Masjidil Haram". Kemudian beliau bertanya lagi:- "Selepas itu?" Jawab Rasulullah saw:- "Masjidil Aqsa".
Tidak ramai yang tahu sejarah pembinaan Ka'bah dan Masjidil Haram. Kisah pembinaan Ka'bah sebenarnya bermula sebelum Allah swt menjadikan bumi dan segala isinya. Perkara ini berdasarkan kepada maklumat yang disebut dalam kitab-kitab sejarah.
Pembinaan Ka'bah telah melalui beberapa peringkat. Riwayat tentang pembinaan ini sebahagiannya telah sabit dan dalil yang terang dan jelas dan sebhagiannya pula hanya berdasarkan catatan sejarah. Berikut adalah secara ringkas mengenai sejarah pembinaan Ka'bah.
1. Binaan Malaikat
2. Binaan Nabi Adam as
3. Binaan Shith bin Adam
4. Binaan Nabi Ibrahim dan ismail as

No comments: