Wednesday, April 22, 2009

KEPIMPINAN (9)

Tips Pemimpin Hebat:-
Dipaparkan sepuluh tips untuk menjadi pemimpin yang hebat. Tips-tips ini boleh dijalankan panduan dan jika perlu dijadikan amalan kerja kita sebai pentadbir atau pemimpin sesebuah organisasi. Tips ini juga boleh digunakan sekiranya anda adalah seorang pemimpin masyarakat atau komuniti.
1. Mempunyai Visi:-
- Ia adalah merangkumi visi diri sendiri, pasukan dan organisasi. Visi tersebut perlu di"pakej"kan dan hendaklah dikongsi bersama.
- Penekanan sewajarnya diberi terhadap visi pada setiap peluang yang akan diperolehi iaitu sama ada selarai ataupun tidak
2. Sanggup Ambil Risiko:-
- Berani mencuba idea-idea baru yang berpotensi. Risiko ada di mana-mana yang membezakan sama ada besar atau kecil
- Menyahut cabaran bermakna anda bersedia untuk mengambil risiko
- Mereka yang gagal untuk menyahut cabaran biasanya tidak akan melakukan perubahan dan tidak dipandang serong
3. Menjadi Pendorong:-
- Jadikan diri anda untuk dipengaruhiboleh idea-idea baru
- Sedia terima idea baru akan manjadikan orang baik sebagai pemimpin yang baik
4. Berani Gagal:-
- Belajar dari kesilapan dan elak melakukan kesilapan yang sama
- Setiap kesilapan jangan disorokkan
5. Libatkan Semua Pihak:-
- "one man show" akan memenatkan dan ada yang terabai
- Idea yang bernas dari semua pihak perlu diambil perhatian dan diberi penghargaan
6. Pleksibel dan Adaptif:-
- Perlu ada kemahiran untuk dipelajari dengan pantas dan ubahsuai ikut keperluan
- Kerja dengan orang yang boleh membantu dan jangan tinggikan diri
7. Serba Boleh:-
- Menjadikan lebih dihormati dan disegani
- Faham dengan kerja sebenar oleh semua lapisan
- Mudah disenangi dan diterima oleh semua pekerja bawahan
8. Tingkatkan Diri:-
- Menjadi pembimbing dan pemudahcara kepada semua staf
- Memberi latihan terutama kepada sesuatu yang baru
9. Kerja Berpasukan:-
- Wujudkan suasana kekeluargaan
- Berikan autonomi dan autoriti jika mengizinkan
- Menjadi lebih berdikari
10. Beri Ganjaran:-
- Banyak jenis ganjaran dan pilih yang sesuai
- Kuasa ganjaran juga tak kurang pentingnya
Kesimpulan:-
Penting sebagai pemimpin ialah bukan apa yang berlaku semasa anda di situ tetapi apa yang berlaku semasa anda tiada di situ.

No comments: