Saturday, April 11, 2009

PERSATUAN KHAIRAT KEMATIAN

Pade 5 April 2009 (Ahad) bersamaan 9 RabiulAkhir 1430 yang lalu, teman dijemput menghadiri Mesyuarat Agung Persatuan Khairat Kematian di tempat teman bertugas. Memandangkan ari tuh ari minggu (ahad), make teman pun pegi le. Hebat, memang hebat, persatuan ini dah berumor 59 tahun dan terus maju dengan penglibatan aktif ahli-ahlinye.
Perasmian oleh:-
Encik Mohd. Akhiar bin Ahmad Wazir Affandi
Pengerusi Koperasi Kemajuan Tanah Perak Berhad
"Persatuan ini adalah jalan menuju ke akhir penghidupan kite di dunia. Care ini adale mudah untuk kite bersedekah kepade keluarge di mati. Dapat membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarge si mati".
Yang Dipertua Persatuan Khairat Kematian
Tuan Haji Mohamed Ramli bin Ngah Mohd. Shariff
"Kemajuan dan kejayaan sesebuah persatuan itu adalah tanggungjawab setiap ahli. Oleh itu semua ahli mestile berade dalam golongan ahli yang aktif. Semua ahli juge perlu faham dan tahu peranan yang dimainkan oleh persatuan dan apekah kemudahan-kemudahan yang boleh diberi oleh persatuan kepade ahlinye".

Ahli-ahli persatuan khusyuk mendengar ucapan perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Khairat Kematian Keli Ke 59 Tahun 2009

No comments: