Thursday, April 2, 2009

DASAR-DASAR KERAJAAN (12)

Dasar Penswastaan Negara:-
Dasar Penswastaan Negara merupakan satu program kerajaan yang melibatkan pemindahan atau penjualan kepentingan-kepentingan kerajaan sama ada dalam bentuk ekuiti atau aset kepada pihak swasta. Ia melibatkan sama ada pemindahan atau penjualan secara sebahagian atau keseluruhannya.

Objektif:-
1. mengurangkan beban kewangan kerajaan
2. meninggikan kecekapan dan penghasilan
3. menggalakkan pertumbuhan ekonomi
4. pengagihan sumber secara cekap
5. mempercepatkan pencapaian hasrat (DEB)
Strategi dan Pelaksanaan:-
1. penubuhan jawatankuasa khas di Unit Perancangan Ekonomi (EPU)
2. menyediakan garis panduan lengkap bagi membolehkan kementerian atau jabatan menswastakan beberapa perkhidmatan masing-masing

Bentuk-Bentuk Penswastaan:-
1. penjualan - ekuiti dan aset
2. pajakan
3. kontrak pengurusan
4. Bina - kendali dan pindah
5. bina kendali
Penjualan:-
Ia meliputi penjualan aset atau ekuiti kerajaan. Penjualan ekuiti melibatkan pemindahan ketiga-tiga komponen organisasi iaitu tanggungjawab pengurusan, aset dan kakitangan. Manakala penjualan aset boleh melibatkan ketiga-tiga atau sebahagian
Pajakan:-
Ia melibatkan pemindahan hak menggunakan aset kerajaan untuk tempoh tertentu dengan bayaran pajakan tanpa melibatkan pemindahan hak milik dan biasanya melibatkan aset yang bernilai tinggi

No comments: