Monday, April 6, 2009

DASAR-DASAR KERAJAAN (13)

Dasar Sains dan Teknologi Negara:-
Dasar Sains dan Teknologi Negara ini digubal pada bulan April 1986. Ia memberi penekanan kepada Malaysia sebagai negara maju menjelang tahun 2020. Disamping itu dasar ini akan mewujudkan masyarakat yang sainstifik dan progresif iaitu penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi.
Objektif:-
1. untuk mencapai tahap negara maju dan negara industri
2. untuk mengatasi masalah dalam sektor perindustrian
3. untuk membentuk ekonomi yang cekap melalui penyelidikan dan pembangunan (R & D)
4. mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif.
5. meningkatkan tahap pengetahuan, kemahiran, pengurusan dan kepakaran
6. menggalakkan kefahaman, kesedaran dan penghargaan terhadap bidang strategi
Strategi:-
1. Program Penyelidikan dan Pembangunan (P & P) Kebangsaan
2. Pembangunan Sumber Tenaga Manusia
3. Program Penggalakan Sains dan Teknologi
4. Direktorat Bioteknologi Kebangsaan (BIOTEK))
5. Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC)

No comments: