Tuesday, April 7, 2009

DASAR-DASAR KERAJAAN (14)

Dasar Pendidikan Kebangsaan:-
Dasar ini digubal bagi menggantikan sistem pendidikan penjajah Inggeris. Ia lahir atas satu Dasar Pendidikan melalui Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan dlam ordinan Pelajaran 1957 serta disemak semula pada 1960. Lahir pula Penyata Rahman Talib 1960 yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961. Pada tahun 1974, Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan untuk mengkaji Dasar Pendidikan.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan:-
"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara".
Objektif:-
1. dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik
2. menyatupadukan kanak-kanak sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenaga kerja
3. melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin dan terlatih.
Strategi:-
1. meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya
2. Bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar
utama
3. kurikulum yang sama
4. sistem peperiksaan yang sama
5. melicinkan tatacara pengurusan pendidikan
6. pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu
7. peluang pendidikan asas selama 9 tahun
8. pendemokrasian pendidikan
9. menyediakan Pendidikan Rendah KBSR dan Pendidikan Menengah KBSM
10. memperluaskan Pendidikan Vokasional dan Teknik
11. mempelbagaikan dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan di peringkat universiti
12. mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin
13. menjadikan Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib dan memberi peluang yang sempurna bagi pembelajaran bahasa-bahasa lain
14. menggalakkan aktiviti kokurikulum

2 comments:

skylark said...

boss,hari-hari u ada dasar kerajaan diblogkan, macam sudah jadi s/u kerajaan pusat. dari mana dapat banyak maklumat seperti itu? jangan silap-silap langgar akta rashsia nanti kena isa baru tahu. hahahaha......

amalhaj said...

betul...... sekarang sudah kosong 13 tempat maaaaa. haiya jangan itu macam la kawan, wa tulis untuk bantu kawan-kawan yang nak ambil PTK maaaaaaa