Wednesday, April 1, 2009

DASAR-DASAR KERAJAAN (11)

Dasar Pertanian Negara:- Dasar Pertanian Negara adalah satu usaha untuk membangunkan sektor pertanian yang berkaitan dengan tanaman, ternakan, perikanan dan perhutanan. Usaha-usaha memaksimum daya pengeluaran dilakukan dengan meningkatkan pendapatan petani-petani. Hasil pertanian juga dipertingkatkan dengan mutu komoditi yang berpotensi dieksport.
Dasar Pertanian Negara telah dilancarkan pada 12 Januari 1984 yang memberi garis panduan kerajaan dan swasta menggiatkan sektor pertanian. Dasar Pertanian Negara mengharapkan penyertaan pihak swasta dalam pembangunan komoditi. Program halacara baru dalam pembangunan kampung dan luar bandar melalui sistem pengelompokan kampung, penyatuan tanah, aktiviti pertanian secara komersial dan industri kampung.
Objektif:- 1. meningkatkan hasil pengeluaran melalui penggunaan sumber-sumber secara optima
2. menambah pendapatan penduduk khususnya di luar bandar dan membasmi kemiskinan
3. menyeimbangi pembangunan ekonomi negara berdasar pembuatan
4. meningkat dan menyedia sumber makanan yang cukup bagi penduduk
5. maksimumkan pendapatan melalui perluasan tanaman tradisional untuk eksport dan galakan keluaran makanan dan tanaman industri pertanian
6. menambahkan pendapatan negara melalui pembekalan bahan mentah yang menjadi asas keperluan perindustrian tempatan dan luar negara
7. membangun tanah pertanian dengan menggunakan teknologi tinggi yang berkesan
8. meningkatkan daya saing dan kemampuan sektor pertanian melalui penglibatan pelbagai sektor termasuk swasta
Strategi Umum:- 1. penggunaan sumber secara optimum
2. pemesatan pembangunan industri berasaskan pertanian
3. penyelidikan dan pembangunan
4. peranan utama sektor swasta
5. pembentukan semula pemasaran
6. pembangunan industri makanan yang dinamik
Program:- 1. pembukaan tanah baru - felda dan felcra
2. pembangunan in-situ - penanaman semula, penyatuan.kelompok dan projek bersepadu
3. perkhidmatan sokongan pertanian - latihan, pemasaran dan galakan khas
4. pembangunan sosial dan institusi - jalan raya, bajaan dan pengangkutan
5. penswastaan dan penyertaan pihak swasta - tingkatkan produktiviti dan optimumkan pendapatan
6. pembangunan komoditi - R & R

No comments: