Tuesday, April 21, 2009

KARNIVAL PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

Pendahuluan:-
Program Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah merupakan salah satu program anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia yang dilaksanakan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan dalam usaha melahirkan pelajar yang berpengetahuan dan berkemahiran menolak ancaman dadah dan gejala sosial yang lainnya.
Program ini adalah bertujuan untuk mengukuhkan lagi minda dan sikap anti dadah melalui aktiviti persembahan karya kreatif murid disamping elemen-elemen lain seperti motivasi dan aktiviti interaktif di tapak pameran. Disamping itu ia juga bertujuan untuk menyampaikan mesej dan informasi anti dadah kepada orang ramai melalui pelbagai strategi media.
Bagi tahun 2009, pengisian program ini dimantapkan lagi selaras dengan matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah, Kementerian Pelajaran Malaysia ke arah merealisasikan "Sekolah Bebas Dadah Menjelang Tahun 2012" dan juga wawasan kerajaan untuk mewujudkan "Negara Bebas Dadah Menjelang Tahun 2015".
Rasional:-
1. Pelajar merupakan aset dan sumber tenaga manusia untuk masa depan yang perlu dibangunkan sesuai dengan kehendak dan keperluan negara
2. Pelajar adalah golongan yang mempunyai potensi untuk dibangunkan dan dikembangkan diri mereka ke arah pembentukan anggota masyarakat yang dinamik dan progresif
3. Kekuatan dalaman para boleh pelajar seperti daya juang, ketabahan dan keyakinan diri serta daya saing boleh dipupuk secara positif dan rasional melalui Program Pendidikan Pencegahan Dadah yang terancang dan bersepadu.
Matlamat:-
Matlamat Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Daerah bertujuan untuk mengukuhkan lagi minda dan sikap anti dadah dalam kalangan murid melalui persembahan kepelbagaian bakat pelajar dan perkongsian maklumat dan mesej anti dadah.
Objektif:-
1. mempertingkatkan lagi pengetahuan dan kesedaran pelajar semua peringkat tentang bahaya dadah
2. menggunakan seni dan aktiviti kesenian sebagai medium penyampaian mesej pendidikan pencegahan dadah
3. menncungkil dan menyuburkan bakat serta potensi yang ada dalam kalangan pelajar ke arah perkembangan yang lebih positif dan membina
Pendekatan Program:-
Program dijalankan dalam bentuk persembahan dan pertandingan pendidikan pencegahan dadah. Bentuk persembahan dan pertandingan yang akan dijalankan adalah seperti berikut:-
1. Dikir Barat Anti Dadah
2. Nasyid Anti Dadah
3. Boria Anti Dadah

No comments: