Friday, April 10, 2009

DASAR-DASAR KERAJAAN (16)

Dasar Kebudayaan Kebangsaan:-
Objektif Dasar Kebudayaan Kebangsaan:-
1. untuk mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara
2. memupuk dan memelihara keperibadian kabangsaan
3. memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang denganh pembangunan sosio-ekonomi
Prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan:-
1. berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini yang merangkumi Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei, Tahiland dan Kemboja
2. unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar diterima
3. Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan. Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan rakyat yang berakhlak dan berperibadi mulia
Strategi Perlaksanaan:-
1. pemulihan pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan
2. meningkatkan ndan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat, mendokong dan menggerakkan kebudayaan
3. mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia
4. memenuhi keperluan sosio-budaya
5. meninggikan taraf dan mutu kesednian
Rumusan:-
Dasar ini menjadi garis panduan dalam membentu7k satu bangsa yang bersatu padu serta mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa.

No comments: