Monday, July 20, 2009

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU BESAR

MATLAMAT
Menggembleng dan menjalin perkongsian maklumat terkini bagi mempertingkatkan pencapaian sekolah dalam peperiksaan awam melalui pemantapan kepimpinan melalui daya saing yang sihat sejajar denganslogan "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan" yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak.
OBJEKTIF
1. Mewujudkan situasi perkongsian bagi meningkatkan idea, pengetahuan, kepakaran yang baru bagi mengatasi permasalahan yang berlaku di sekolah untuk menjamin kecemerlangan prestasi sekolah dalam peperiksaan awam
2. Mengaplikasi dapatan dan maklumat terkini ke arah menjana warga sekolah yang lebih berkualiti
3. Budaya permuafakatan perlu dipupuk dalam kalangan Guru Besar melalui semangat kerja berpasukan selaras dengan slogan Jabatan Pelajaran Perak "KOMUNITI BERILMU PERAK TERBILANG"
4. Merealisasikan fungsi ke-4 dalam carta fungsi Sektor Pengurusan Akademik iaitu merancang dan melaksanakan program khas untuk peningkatan prestasi dalam pencapaian akademik di peringkat negeri
5. Program Peningkatan Profesionalisme Guru Besar digunakan sebagai saluran untuk Pengarah Pelajaran Perak menyampaikan amanat penting berkaitan dengan hala tuju pendidikan negeri Perak
6. Memenuhi hasrat pengarah yang mahukan pencapaian peperiksaan awam negeri Perak dipertingkatkan selaras dengan tema program "Murid didahulukan, Pencapaian diutamakan".

2 comments:

skylark said...

pasal wa tak dipanggil? sedih... dah tunggu hapuskira ke????

amalhaj said...

taukeh lain kali wa panggil. wa kasi tempat manyak bagus. OK jangan nangis maaaaaaaaaaaaa