Monday, July 20, 2009

MENGKOME FIKIO LE SENDIRI

Model didenda RM5,000, 6 sebatan kerana minum arak
KUANTAN: Seorang model pelancongan dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini selepas mengaku salah meminum arak. Hakim Syarie, Datuk Abdul Rahman Yunus, memerintahkan Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, dari Sungai Siput, Perak menjalani hukuman penjara tiga tahun, jika gagal membayar denda itu. Tertuduh didakwa meminum arak jenama Tiger Beer di Cherating Bay Lounge, Hotel Legend, Cherating kira-kira jam 11.40 malam pada 11 Julai tahun lalu.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan disebat tidak melebihi enam sebatan.
Abdul Rahman dalam penghakimannya berkata mahkamah tidak ragu-ragu dalam menjatuhkan hukuman selepas tertuduh mengaku bersalah ketika didakwa di mahkamah itu pada 1 Disember tahun lalu. Tertuduh yang dilihat mengalirkan air mata ketika penghakiman dibacakan kemudian memohon penangguhan hukuman untuk rayuan melalui peguamnya, Mohd Zuki Che Mat Ghani.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Syarie, Saiful Idham Sahimi. - Bernama

Nasib mike le Kartika. Minum satu tin dah kene dende. Minum berbotoi-botoi tak kantoi pulak tuh. Tak kene tangkap. Tak kene dende. Tak kene besit. Boleh tunjuk gambo lagi weh atas meje penuh botoi-botoi, Dasat bebeno ye deme tuh.

2 comments:

Basuh Baju said...

apa ek maksd tajuk entry ni? gua tak faham..haha

amalhaj said...

bace & fikio le ape yg tersirat