Thursday, January 15, 2009

TINDAKAN TATATERTIB TERHADAP PENJAWAT AWAM (13)

MEMBERI ATAU MENERIMA KERAIAN
Penjawat Awam dilarang sama sekali menerima keraian daripada mana=mana pihak atau mem beri keraian kepada mana-mana tugas sekiranya keraian itu boleh mempengaruhi pelaksanaan tugas rasmi penjawat awam yang berkenaan (Perintah Am7, Bab D) dan dengan itu mungkin boleh membelakangkan kewajipan awamnya atau boleh menjatuhkan reputasi perkhidmatan awam atau akan ujud pertelingkahan kepentingan. Jika keraian itu tidak langsung memungkin kan ujud pengaruh atau kesan sedemikian maka penjawat awam itu boleh memberi atau menerima keraian.
Perintah Am 7, Bab D tidak memberi takrif keraian. Mengikut Reader's Dictionary, keraian ialah sesuatu yang berupa hiburan, kesenangan atau jamuan. Jika pegawai Jabatan Pelajaran menghadiri jamuan penubuhan Koperasi Nelayan atau jamuan tahunan Persatuan Penjaja-Penjaja Kecil maka sudah tentu dan memang nyata tiada kemungkinan ia akan mempengaruhi pelaksanaan tugas rasmi pegawai itu. Penerimaan keraian sedemikian tidak dilarang oleh Perintah Am 7, Bab D.
MEMINJAM ATAU MEMBERI PINJAMAN WANG
Perintah Am 10(1), Bab D melarang penjawat Awam meminjam wang daripada:-
a) Pihak yang menjalankan perniagaan memberi pinjaman wang
b) Orang perseorangan atau kumpulan orang (sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan)
c) Menjadi penjamin atau penggerenti kepada seseorang peminjam
d) Menyebabkan dirinya terhutang wang pada mana-mana orang dan orang yang memberi hutang itu ialah:-
i. orang yang tertakluk kepada kuasa rasmi penjawat awam itu atau
ii. orang yang mungkin ada urusan rasmi dengan penjawat awam itu atau
iii. orang yang tinggal atau memiliki tanah atau harta atau menjalankan perniagaan dalam kuasa rasmi penjawat awam
Tujuan larangan ini ialah supaya penjawat awam itu tidak menggunakan pengaruh tidak patut atau tidak wajar terhadap pihak-pihak yang berkenaan atau pun ia akan menjatuhkan reputasi penjawat awam yang berkenaan (contohnya meminjam daripada ceti). Larangan ini juga bertujuan mengelakkan ujudnya transaksi meminjam wang yang pura-pura iaitu konon meminjam wang tetapi kedua-dua pihak (iaitu penjawat awam dan pemberi pinjam wang) sebenarnya telah bersetuju bahawa wang yang dipinjam oleh penjawat awam itu tidak akan atau tidak perlu dibayar balik kepada pemberi pinjam yang berkenaan. Ini ialah kerana transaksi sedemikian mempunyai unsur rasuah.
Walau bagaimanapun, mengikut Perintah Am11(3), Bab D, penjawat awam boleh meminjam wang atau menjadi penjamin pinjaman wang jika:-
a) Pinjaman itu dibuat dengan cara bercagar dengan harta tetap yang berupa tanah dengan syarat jumlah pinjaman tidak melebihi harga semasa tanah tersebut
b) Ia berupa overdraf bank
c) Jika wang yang dipinjam daripada syarikat insurans yang dicagarkan dengan menggunakan polisi insurans
d) Jika ia pinjaman wang daripada kerajaan atau syarikat kerjasama
e) Jika ia merupakan hutang bagi barang yang dibeli secara sewa beli seperti yang ditetapkan oleh undang-undang (misalnya di bawah Akta Sewa Beli).

1 comment:

skylark said...

maklumat penting tetapi panjang sangat untuk difaham. hei...hei... syabas, boss.