Seorang guru adalah pembimbing dalam proses pembelajaran. Ia juga seorang pemandu perjalanan kerana pengalaman dan pengetahuannya membantu muridnya mengenal liku-liku kehidupan. Ini menjadi lebih bermakna apabila murid mengikuti jalan yang dipilih atau yang telah ditentukan oleh guru.
Memang terlalu banyak kesukaran sebagai seorang pembimbing. Lebih-lebih lagi akan terdapat perkara yang negatif akibat bimbingan yang tidak berkesan. Sering kali guru akan mendekati rasa kecewa dengan tingkah laku murid yang tidak meletakkan diri mereka sebagai seorang yang memerlukan bimbingan.
Bagi seorang pembimbing sewajarnya tahu apakah yang perlu dilakukan dan apakah yang tidak perlu. Empat perkara yang perlu dilakukan oleh seorang pembimbing ialah:-
1. Merencanakan Matlamat Pembelajaran
2. Mengadakan Lawatan Dalam Pembelajaran
3. Menjadikan Pembelajaran Satu Yang Menarik
4. Mengadakan Penilaian Ke Atas Pembelajaran
Guru perlu mengenali muridnya secara yang mendalam. Guru sangat perlu mengetahui pengalaman, kemampuan, perkembangan, kekuatan dan kelemahan muridnya. Pengetahuan ini banyak membantu guru untuk membimbing muridnya. Mendalami murid juga mampu mempelbagaikan pembelajaran agar ianya sesuai dengan keperluan dan minat murid.
Namun begitu terdapat kesan yang negatif kepada murid apabila guru mempunyai sikap yang sinis. Sikap sinis merupakan satu perkara yang amat merbahaya. Sikap bosan yang ditunjukkan oleh seorang pembimbing mengakibatkan murid berasa kekok dalam pembelajaran. Oleh itu, apakah yang harus dilakukan oleh seorang guru ialah mencuba untuk membuat setiap pembelajarannya menjadi suatu pengalaman yang menyeronokkan kepada muridnya.

No comments:
Post a Comment