Monday, October 5, 2009

SATU SATU TIGA = SERATUS TIGA BELAS

Lokasi Institut Aminuddin Baki (IAB) Induk memang menyamankan serta sesuai untuk mengadakan pelbagai kursus. IAB Induk terletak di Sri Layang, Pahang Darul Makmur. Kawasannya yang luas, di lereng bukit menjanjikan udara yang segar sungguh mendamaikan.
Satu mercu tanda IAB Induk ini yang pastinya tidak mudah dilupai oleh para peserta ialah tangga tingginya. Tangga tinggi inilah yang telah menjadi penghubung bangunan asrama dengan bangunan pentadbiran bagi pejalan kaki. Selain dari itu terdapat jalan raya yang menghubungkan kedua-dua bangunan tersebut yang boleh digunakan kepada sesiapa yang tidak mampu untuk memanjat tangga tinggi.
Tangga tinggi ini mempunyai 113 anak tangga dan terdapat dua kawasan hentian rehat di dua tempat di tengah-tengah bukit. Selain mempunyai anak tangga yang banyak, kedudukannya yang agak curam menyukarkan pengguna. Namun begitu, bagi mereka yang inginkan “exercice”, mereka lebih suka menggunakan tangga tinggi ini sebagai tempat berjogging disamping untuk ke kelas atau kuliah.
pandangan dari bawah
Pandangan dari atas

Mengkome nengok le sendiri betape tingginyer tangge2 tersebut. Gayat bebeno kalo mengkome tak biase bende2 tinggi nih. Udahle tinggi curam bebeno pulak tuh. Teman nungap juga bile teman mendakinyer. Kaki pun boleh kebas atau lengoh. Tak caye mengkome boleh cuber, try, pandu daki tangge nih barule mengkome tahu. Teman dengor deme namekan tangge tuh "laluan sehat" yer ker idak mengkome fikio ler sendiri.

No comments: