Saturday, October 24, 2009

MENGKOME FIKIO LE SENDIRI

Sidang DUN dijamin lancar
Oleh ZAINI RABAN
utusanperak@utusan.com.my
IPOH 23 Okt. - Polis hari ini memberi jaminan keadaan keselamatan dan ketenteraman awam semasa Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang akan berlangsung pada 28 Oktober ini adalah terkawal.
Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, bagi memastikan sebarang perkara tidak diingini berlaku, semua wakil rakyat dan penyokong masing-masing diseru tidak berkumpul serta melakukan kekecohan.
"Sepatutnya Sidang DUN ini berlangsung tanpa mengganggu ketenteraman awam. Tidak kira sama ada ketenteraman di dalam mahu pun di luar dewan.
"Langkah-langkah yang akan kita ambil adalah berdasarkan undang-undang yang ada. Kita akan letak jumlah pegawai dan anggota keselamatan yang mencukupi bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
"Ia merupakan tanggungjawab polis. Kita sudah ada cukup pengalaman berdasarkan Sidang DUN pada 7 Mei lalu," katanya kepada pemberita selepas melawat kawasan pusat perniagaan Green Town di sini hari ini.
Dalam pada itu, Zulkifli menafikan polis telah dipergunakan oleh Barisan Nasional (BN) untuk menghalang wakil rakyat pakatan pembangkang daripada menjalankan tugas.
Jelas beliau, dakwaan yang dikeluarkan oleh Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham baru-baru ini adalah tidak benar sama sekali.
Tegasnya, polis hanya menjalankan tanggungjawab untuk memastikan keamanan dengan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang berdegil.
"Tidak ada sesiapa yang suruh polis. Ini bukan isu polis diarah oleh mana-mana pihak. Isunya di sini ialah polis menjalankan tanggungjawab berdasarkan peraturan dan undang-undang negara.
"Kita buat kerja bukan atas arahan atau suruhan tetapi berdasarkan tanggungjawab yang ditetapkan undang-undang negara. Saya ingin tegaskan tindakan kita bukan atas arahan mana-mana pihak," katanya.
Memang betui bebeno cakap Ketua Polis Perak tuh. Teman memang setuju bebeno. Teman setuju sebab teman ade "reason" teman sendiri. Mengkome nak marah. marah ler. Ape yang teman boleh buat kalo mengkome marah. Bukan boleh teman pecat mengkome. Bukan boleh teman dende mengkome. Atau bukan aper-aper ler kat mengkome.
Yang mengkome nak buat kaco tuh apekehenyer. Polis kan ker ditugaskan untuk menjage keselamatan awam. Biorler polis buat keje die yang mengkome nak buat kaco nih ngape. Untuk menjage keselamatan awam biorkan le polis detak braper jumlah anggotenyer kat SUK tuh. Pasukan polis itu kan ker "Bersedia Berkhidmat".
Mase persidangan nanti, mengkome biorkan ler polis nak buat aper ajer sebab teman dah kate tadi deme tuh nak jage keselamatan awam. Kalo polis halang mengkome jangan masuk, mengkome jangan masuk ler. Tak faham faham mengkome nih. Kalo polis kasi masuk, masuk ler mengkome dalam dewan tuh. Pastu dok diam-diam. Jangan ngaco-ngaco atau nyakat oghang lain.
Kalo mengkome diarahkan kluor dewan, mengkome cepat-cepat kluor. Nanti kut-kut pulak mengkome kene seret atau angkat kluor ngan kerusi-kerusi mengkome sekali. Las-last kurang pulak kerusi dalam dewan tuh. Mengkome jangan nyusahkan polis nih sebab nak angkat mengkome ngan kerusi-kerusi kluor. Apatah lagi bilik stor tuh dah penuh sebab deme nyorok Silvakumar kat situ. Mengkome nih nak disorok maner pulak?
Mase bersidang mengkome jangan cakap-cakap kalo mengkome bercakap pun bukan boleh dengor. Deme lagi pandai, mengkome cakap ler soghang-soghang sebab "microphone" kat mengkome tuh dah kene tutup. Padan muke sebab mengkome suke banyak cakap. Pastu cakap pulak bukan ke hale.
Mengkome kene fikio Zamri tuh sape yang lantik. Pastu fikio pulak Nizar tuh sape pulak yang lantik. Mengkome juge kene fikio, mase mengkome perintah Perak dulu abis leceo tanah kat perak nih mengkome gadai. Tuh sebab mase PR perintah Perak abis lingkup oghang Melayu. Mase tuh oghang Melayu dah melarat dok dalam utan. Nasib baik ler BN rampas kuase kat Perak. Le nih oghang Melayu adelah yang terkaye kat Perak. Itule untungnyer bile UMno jage "Ketuanan Melayu". PR Jage aper? UMno jugak.
Laungan "Hidup Melayu" telah naikkan semangat oghang Melayu. Dalam PR ade ker laungan "Hidup Melayu"? Jangan arap le. Dah tumpo nanti pun tak dan nak dengor. "Hidup Melayu" hanye untuk oghang Melayu yang dipelopri oleh oghang UMno. Sape lagi kalo bukan UMno yang membele nasib oghang melayu. Nak arap PR, usah diarap ler mengkome, ntah bile-bile ler mengkome? Teman terus macam nih jugak.
Mengkome nengok polis nih bukan kerje ikut arah-arah oghang lain. Deme keroje landaskan pade tanggungjawab. Itu le baru betui, bile dah ade tanggung jawab perlu ler deme tunaikan bile dah tak boleh tanggung dan jawab baru ler deme angkat dan usung. Mule-mule deme angkat dan usung Silvakumar. Dalam persidangan kali nih pade 28 Oktober 2009 nanti deme nak angkat dan usung sape pulak?

No comments: