Monday, October 19, 2009

MENGKOME FIKIO LE SENDIRI

Cikgu A. Akee adelah salah seoghang peserte kursus dari Serawak yang berkursus bersame-same ngan teman. Memang ler banyak bebeno pengalaman cikgu nih semenjak due menjak die menjadi guru. Cikgu Akee nih pulak memang tak kedekut untuk menceritekan pade keme seme semua pengalaman yang ade padenyer. Tambahan pulak cikgu nih ngajor di sebuah sekolah yang kecil di pedalaman Serawak. Satu soalan yang menarik perhatian bebeno oleh semua peserte kursus ini ialah yang ditujukan kepade Cikgu Mokhtar:-
Mengapa manusia berlumba-lumba meneroka angkasa lepas tetapi tidak berlumba-lumba untuk meneroka dasar bumi?
Ini pula Cikgu Mokhtar yang Cikgu A. Akee tujukan soalan tersebut. Cikgu Mokhtar ini berasel dari Sabah. Teman gelorkan die nih Bong Mokhtar, sebab kepetahan dan gaye cikgu nih bercakap memang ade gaye Bong Mokhtar (wakil Parlimen Sabah tuh). Tambahan pulak loghat Sabahnyer memang pekat bebeno. Mengkome seme nak tau ke ape jawapan spontan dari Cikgu Mokhtar nih? Jawapan yang cikgu nih beri bernas bebeno, tepat benor ngan lucu bebeno:-
Bagaimana manusia ingin meneroka ke dalam dasar bumi? Semua tahu manusia ini akan mati. Manusia yang mati akan ditanamkan ke dalam bumi. Jadi, saya tidak pernah pun mendengar manusia yang mati akan ditanam di angkasa.

No comments: