Hidup adalah apa yang kita perbuat. Kejayaan hari ini adalah hasil dari benih yang kita taburkan kelmarin. Lembaran kehidupan, kita lukis dengan berbagai warna kita sendiri dan di dalam hal nasib, kita menuai sesuai dengan apa yang kita taburkan.
Ketika dalam pelayaran di sebuah perairan lepas yang pantainya penuh karang, seorang kelasi kapal menunjukkan kepada sebuah bangkai kapal kepada penumpang dan katanya, "kapal itu tidak menggunakan pemandu yang yang boleh membimbingnya." Mengapa kelasi tersebut berkata sedemikian?
Setiap orang yang berfikiran teliti, orang yang cerdas, harus menerima bahawa ketika kita melakukan perjalanan di tengah lautan kehidupan, kita juga perlu bimbingan dan pengarahan untuk kita melepasi karang, tebing dan badai. Kita adalah nakhoda bagi kapal kita sendiri dan penguasa bagi nasib kita sendiri. Di lain pihak, ramai yang merasa bahawa kita boleh membiarkan kapal bergerak sendiri menurut kehendaknya. Suatu kepercayaan bahawa penyerahan yang teguh akan membawa kita sampai ke tempat tujuan. Pola berfikir seperti ini akan menimbulkan bencana. Pemikiran buta seperti ini merupakan penolakan terhadap kebebasan dan kekuasaan untuk menentukan pilihan sendiri.
Akal telah diberikan kepada kita dan semua yang kita lakukan terhadapnya menjadi tanggung jawab kita. Pada pintu gerbang kehidupan setiap jiwa diberi kesempatan untuk menjadi apa saja yang diinginkannya. Ia telah dianugerahi kebebasan untuk memilih dan tidak ada takdir, nasib atau orang lain dapat merampas hak asasi ini darinya. Kita telah dilengkapi dengan sumber daya yang tidak ada habisnya. Namun, agar kita boleh mendapatkan yang terbaik dalam hidup ini, kita harus mempelajari cara memiliki dan menggunakan pemberian syurgawi ini secara benar.
Semua orang adalah arkitek bagi nasibnya sendiri. Masa depan akan terbentuk sesuai dengan yang kita ciptakan kita.
No comments:
Post a Comment