Monday, October 26, 2009

GURU SEBAGAI PEMBAHARU

Seorang guru memaparkan pengalaman manusia dengan pelbagai istilah yang bererti kepada murid. Pengalaman generasi tua dan generasi muda mempunyai kesukaran untuk dimengertikan satu sama lain. Kadang-kadang kita tidak faham mengapa generasi tua tidak dapat memahami kehendak generasi muda walaupun generasi tua tersebut pernah melalui pengalaman generasi muda. Untuk mengurangkan jarak antara generasi tersebut, guru seharus dapat membantu murid agar ada kesanggupan menerima pengalaman orang lain.
Aspek yang paling luar biasa dari manusia ialah kemampuan untuk belajar dari pengalaman orang lain. Mengambil bahagian dari pengalaman orang lain yang mungkin hidup beribu tahun yang lampau akan menjadi pengajaran untuk membentuk keperibadian diri. Buku-buku, gambar-gambar atau tulisan-tulisan lama pada mulanya adalah sesuatu yang asing. Namun apabila guru melakukan pembaharuan dengan menjadikannya suatu pengalaman akan memberi seribu pengertian kepada murid masakini.
Mengapa diperkatakan "guru sebagai pembaharuan"? Erti pembaharuan itu sendiri telah meletakkan guru sebagagai pembaharuan. Pembaharuan memerlukan suatu rumusan kembali pendapat yang mungkin menjadi contoh kehidupan yang dapat dikaitkan dengan pengalaman murid.
Apabila meletakkan guru sebagai pembaharu, sewajarnya guru tahu dan memahami pelajaran dan semangat dari pelbagai masa yang lampau. Guru juga harus tahu mengenai keadaan zaman kini. Mungkin sepintas lalu guru beranggapan mereka tidak sanggup dan tidak mampu untuk memenuhi kehendaki generasi masi kini. Namun, sebagai orang yang diamanahkan guru perlu bersedia membebaskan manusia dari ikatan pengalaman sempit dan terbatas kepada suatu pengetahuan yang global serta menyeluruh.
Guru sebagai pembaharu tidak boleh tertakluk kepada zaman guru itu berada. Guru mesti bersedia dengan pelbagai pengalaman setiap generasi.Perbandingan juga boleh dibuat antara pengalaman tersebut yang membolehkan murid belajar dengan lebih sistematik. Murid akan sentiasa menerima pengetahuan baru melalui pengalaman yang mereka alami. Kini pengalaman yang diperolehi telah menjadi suatu pengetahuan. Kini proses pendidikan telah pun berjaya dilakukan.
Terdapat perbezaan yang besar antara belajar mengenai pengalaman orang lain dan belajar dari pengalaman sendiri. Persoalannya bagaimana seorang guru yang efektif dapat membantu murid untuk mengambil butir-butir pengalaman orang lain. Oleh itu, jelas kepada kita bahawa guru itu akan membaharukan pengalaman generasi lama untuk dipelajari oleh generasi masakini.

2 comments:

kembara kelana said...

bang aji..memang betui tu...bang aji apa khabar..rajin nulis blog

amalhaj said...

Insya-Allah, abang sihat! adik camner? Kalo nengok pade gambor tuh, alhamdulillah sihat yerk?