Manfaatkan hidup ini dan jalanilah hidup setiap hari seakan-akan inilah hari terakhir kita. Buatlah setiap hari itu menjadi hari yang bermakna dan hari yang bermanfaat. Kita tidak boleh mengubah hari kelmarin. Hari esok juga belum pasti akan datang. Sekaranglah satu-satunya waktu yang boleh diterima. Jangan dirintih hari yang telah berlalu dan jangan mengharap akan hari yang mendatang.
Terlalu ramai kalangan kita yang hidupnya penuh mengenang masa lampau. Juga terlalu ramai yang mengharap sesuatu dimasa akan datang. Ia tidak berguna bagi kita untuk menghadapi tanggungjawab hari ini. Lupakan masa lalu, ia telah berlalu selamanya. Kejayaan kita di masa akan datang sangat bergantung kepada apa yang kita lakukan hari ini iaitu sekarang.
Setiap fajar yang baru adalah kelahiran hari baru. Buatlah setiap hari menjadi harapan mulia. Ketika bangun pada pagi hari, bangunlah dengan harapan terhadap perkara yang baik yang akan datang kepada kita hari ini. Apabila kita membiasakan diri untuk mengharapkan perkara baik, biasanya perkara itu akan terjadi. Tindakan sederhana ini cenderung mempengaruhi kita dengan kekuatan kepercayaan diri.
Jika kita berbuat yang terbaik pada setiap hari yang kita miliki, maka setiap hari esok kita akan mengurus diri sendiri. Marilah kita membuat hari ini menjadim lebih baik daripada kelmarin. Marilah kita menetapkan bahawa setiap hari ini adalah lebih bermakna kepada kita. Kita akan menjadi lebih sihat hari ini. Kita akan menjadi lebih bahagia hari ini. Hari ini kita hanya memerlukan sedikit usaha sahaja dalam tugas kita. Hari ini kita hanya sedikit yang perlu dilengkapi. Hari ini kita hanya perlu sedikit memandang ke hadapan dan ke atas. Hari ini marilah kita menambahkan sedikit rasa kasih sayang.
Apakah yang akan terjadi kalau kita hidup hari ini dan berusaha membuat setiap hari menjadi labih baik untuk dijalani? Kita telah memasuki arus utama kehidupan. Kita mulai hidup yang terarah ke hadapan dan mengembangkan kemanusiaan. Kita menjadi riang dan jiwa mendapat ilham. Kita cenderung mengembangkan yang terbaik pada diri kita.
2 comments:
semoga hidup saya hari ini bermanfaat utk hari esok.
ramai kawan2 yang gi haji tahun ni??
semoga Allah memberi kebahagiaan dunia dan akhirat buat cikgu.
Post a Comment