ISU TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL
Kepimpinan pendidikan memerlukan sentuhan teknologi instruksional bagi menghasilkan pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ke arah melahirkan murid cemerlang dalam bidang akademik. Pengetua perlu mempunyai kemahiran instruksional yang tinggi supaya dapat memberi bimbingan yang efektif dalam aspek pengajaran kepada guru-guru. Dengan memiliki pengetahuan yang tinggi, dia lebih dihormati dan seterusnya dapat memperbaiki amalan-amalan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Pada tahun 2001, Bahagian Teknologi Pendidikan telah melatih seramai 40 orang guru sebagai master trainer dalam bidang integrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bagi membolehkan mereka membina modul contoh pengajaran bagi mata pelajaran Sains, Matematik, Bahasa Melayu, Geografi dan Ekonomi Asas. Mereka didedahkan dengan pelbagai konsep dan idea baru secara kreatif dan inovatif yang bertujuan memberi kesan berganda (multipler effect) berteraskan pengurusan instruksional konsep sekolah bestari.
KESIMPULAN
Semenjak tahun 2006, Bahagian Sekolah di bawah Kementerian Pelajaran telah melaksanakan program memperkasakan kepimpinan instruksional dalam kalangan pengetua dan guru besar di seluruh negara. Pelaksanaan program kepimpinan instruksional yang dimulai oleh Institut Aminuddin Baki Baki (IAB) ini mula dilaksanakan di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Ilmu kepimpinan instruksional perlu didedahkan kepada semua pengetua dan guru besar sekolah di seluruh negara sebagai usaha untuk melahirkan murid yang cemerlang. Keberkesanan seseorang pengetua dan guru besar itu ditentukan oleh tret, tingkah laku dan tindakan-tindakannya (Davis & Thomas 1989). Namun begitu, tidak ramai orang yang mengetahui apakah tret, gaya dan tingkah laku seseorang pengetua hingga menyebabkan mereka begitu berjaya.
Sebagai pemimpin instruksional, pengetua dan guru besar di sekolah berkesan sering menekankan kepada “core business” iaitu mempfokuskan kepada pencapaian dan keperluan murid disamping dapat mewujudkan iklim sekolah yang menyokong pencapaian matlamat yang ditetapkan. Dengan kata lain pengetua dan guru besar di sekolah berkesan mempamerkan gaya kepimpinan instruksional.
Selaras dengan hasrat ini, Jabatan Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menghasilkan modul latihan pemantapan kepimpinan instruksional yang merangkumi sembilan aspek pengurusan yang perlu diamalkan di peringkat sekolah. Oleh itu, semua pemimpin barisan hadapan perlu memainkan peranan bagi memastikan kepimpinan instruksional ini benar-benar berlaku di peringkat sekolah.

No comments:
Post a Comment