Thursday, October 29, 2009

GURU SEBAGAI TELADAN

“Guru kencing berdiri, murid kencing berlari”. Bidalan ini memang serasi dengan tajuk yang saya cuba olahkan untuk renungan kita bersama. Bidalan ini juga sering diperkatakan di mana saja terutama di majlis-majlis yang melibatkan guru. Menjadi teladan atau contoh kepada murid-murid memang tidak dapat dielakkan kerana guru sering mendampingi murid sepanjang sesi persekolahan. Namun begitu situasi ini mungkin tidak disenangi oleh sebilangan guru kerana mereka merasakan seperti tidak layak untuk diteladani.
Guru sebagai teladan telah meletakkan guru di suatu peringkat yang amat istimewa. Guru adalah insan yang istimewa kepada murid-muridnya, rakan sejawat, komuniti setempat dan juga masyarakat. Namun begitu, kita seharusnya bertanya, mengapaksh seorang guru itu mesti istimewa? Tidak dapatkah kita meletakkan guru sebagai manusia biasa? Insan yang menjalankan tugasnya dengan penuh amanah, dedikasi serta adil. Mengapa mesti kita letakkan guru sebagai teladan?

No comments: