Monday, October 19, 2009

DETIK KEHIDUPAN ADALAH TERLALU SINGKAT

Memberi keindahan dan cinta ke dalam kehidupan adalah jauh lebih berharga daripada menaruh wang di dalam saku orang lain. Orang begitu asyik dengan pencarian penghidupan (nafkah) sehingga mereka tidak mempunyai waktu lagi untuk mencipta kehidupan.
Hanya segelintir antara kita yang menyedari tentang penghormatan luar biasa yang diberikan bagi kita kerana kita dapat hidup, keberkatan yang kita warisi, kemuliaan dan keindahan dunia yang merupakan milik kita. Apabila kita menghendaki tentang keluasan yang memungkinkan kita mampu membuat diri kita sendiri menjadi sama dengan yang kita harapkan atau tentang kekuasaan yang kita miliki untuk memantapkan perdamaian, untuk mengelakkan segala kepedihan dan kesedihan.
Sasaran yang hebat adalah baik. Hal ini kita perlukan supaya boleh mendapatkan prestasi besar. Ini merupakan prasyarat asas untuk mendapatkan kejayaan abadi. Namun, janganlah menempuh seluruh perjalanan hidup anda dengan mata hanya tertuju pada sasaran yang jauh sehingga anda membiarkan segala panorama manis, indah, mulia dan segar yang terdapat di dalam perjalanan hidup anda.
Sasaran besar harus terdiri dari berbagai sasaran jangka pendek iaitu sasaran yang berada dalam jangkauan kita. Rancangan yang menyertai tujuan hidup kita juga sepatutnya selalu memberikan ganjaran terhadap usaha kita dalam bentuk keberkatan.
Setiap kita perlu membuat hidup kita juga sebaik penghidupan atau nafkah kita. Betapa pun hebatnya milik kita, apa jadinya dengan semua yang kita bangunkan, bila tidak mengembangkan karakter, kemanusiaan, keindahan, kelembutan dan perasaan kita?

2 comments:

Cetusan said...

yup.singkat hari2

amalhaj said...

bukan sahaja kehidupan yang singkat malahan pakaian juga semakin singkat