Tiga milik manusia yang paling berharga adalah kesihatan, kemakmuran dan kebahagiaan. Kiya tidak dapat memiliki satu pun kalau kita tidak mempunyai akal yang berkehendak dan sedia untuk menerima semua itu. Perkara ini menjadi tidak mungkin selagi ruang mental kita terganggu oleh pelbagai bentuk sikap yang negatif. Pemikiran tentang diri yang sihat tidak dapat berada satu ruang dengan pemikiran yang sakit. Pemikiran tentang menjadi makmur tidak boleh berada dengan pemikiran tentang menjadi papa. Pemikiran bahagia tidak dapat ditemukan bersama dengan pemikiran yang dipenuhi dengan perselisihan, takut, khuatir dan cemas.
Jangan bergantung kepada suatu yang tetap membuat kita berada di belakang dan yang membuat kita tidak bahagia. Mari kita singkirkan rasa khuatir. Biarkan rasa cemas pergi. Lepas kan semua rasa ketidaksesuaian. Elak membuat kritikan. Buangkan rasa takut dan tertekan. Kita tidak perlu mementingkan diri sendiri. Perasaan malu yang berlebihan wajar disingkir jauh. Kebodohan dalam diri perlu dibuang pergi. Pembaziran dielakkan. Jauhkan diri dari segala yang keliru.
Jangan menyiksakan diri hanya demi penampilan. Kedangkalan wajar disingkirkan dari dalam diri kita. Buangkan fikiran yang membuat kecacatan akal dan merosakkan moral. Kita akan terkejut betapa kita menjadi lebih cerah, bebas dan jujur dalam menempuh perjalanan di arena hidup dan yang lebih pasti sasaran kita akan dapat kita capai.
Kita perlu keluarlah dari kegelapan dengan menyingkirkan segala perbicaraan kosong. Kita perlu membiarkan yang tidak berfaedah itu pergi kerana semuanya itu adalah merupakan suatu kebodohan yang akan menghalang kemajuan kita. Kita perlu bergerak menuju cahaya kehidupan dengan mempertahankan segala yang berharga iaitu perkara yang memberikan kesihatan, kemakmuran dan kebahagiaan kita.
3 comments:
"Jangan menyiksakan diri hanya demi penampilan"
jelaskan sket?
teman nak tumpang komen pasei sidang dun negeri asei teman nih...ngape gamaknya yeop...macam nak tumpo ghupernye!!! geram benor teman....teman ghase kali ni dah melampo benor!!!!
cikgu:-
apakah dia "bior pape asel bergaye?"
aintsuperwoman:-
bile manusia gile kuase akan buat ape sajer.
Post a Comment