Wednesday, October 14, 2009

KEMANISAN BERSAHABAT KEHARMONIAN BEKERJA

Orang yang peramah adalah orang yang memiliki kualiti personal yang dapat diterima orang lain seperti perangai dan sikap yang manis, hati yang baik, kecenderungan bersahabat. Keramahan bererti harmoni dalam semua bidang. Dalam rumah, dalam perniagaan dan dalam segala aspek yang ada dalam komuniti. Di mana pun kita menemukan keharmonian, kita akan juga menemui kesihatan, panjang usia dan kebahagiaan.
Kebiasaan untuk melakukan yang baik, untuk membantu orang lain setiap hari adalah kebiasaan yang memperluaskan dan memuliakan hidup. Ke mana pun kita pergi, kita menemui kesempatan untuk menerapkan kualiti sikap baik kita. Memberi dokongan kepada orang lain adalah tindakan yang membuat karakter menjadi indah. Banyak hati yang dapat dibahagiakan hanya dengan senyuman dari orang lain. Milikilah kata-kata yang manis terhadap semua orang dalam kehidupan sehari-hari, betapa pun rendah kedudukan hidup mereka.
Betapa mudah untuk mempunyai kesediaan membantu, untuk bersikap bersahabat, untuk hidup dalam keharmonian, sehingga kita sering tertanya-tanya betapa puasnya seorang manusia egois yang boleh terlepas dari kebiasaannya yang merosakkan diri sendiri. Orang yang ingin mendapatkan segalanya dan tidak memberikan apa pun sebagai balasan pada akhirnya kehilangan kualiti karakter dan jiwanya.
Memberilah dan kita meningkat, menimbunlah dan kita kehilangan merupakan hukum universal dari semua pertumbuhan. Salah satu pertumbuhan terbesar yang boleh kita berikan bagi kemanusiaan pada zaman ini tentunya adalah kemanisan hidup yang terpancar dari keperibadian kita yang menarik. Keramahan bekerja seperti manisan dalam mendapatkan kawan, pengaruh dan kekuasaan. Sikap manis membawa kecerahan di mana saja. Kesuraman dan sikap berkecil hati akan musnah kerana kehadirannya. Ingatlah, bahawa tidak ada masa yang tidak tepat untuk bersikap manis.

No comments: