Hidup di bumi ini adalah sebuah kunjungan singkat yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. kepada kita. Adalah amat menyedihkan apabila kita mengabaikan peluang yang telah diberikan ini dan menganggapkan ianya membosankan. Lebih teruk lagi ada dikalangan kita bosan dengan kerjaya mereka. Mereka tidak mencintai pekerjaan yang dipertangungjawabkan ke atas diri mereka pada hal perkerjaan itulah yang mereka pohon.
Kita selalu dapat memberi gambaran tentang orang yang mencintai pekerjaannya. Orang yang mencintai pekerjaannya akan datang awal ke tempat kerjanya. Tidak kerap melihat jam untuk meninggalkan pekerjaannya. Sikapnya ceria sepanjang hari yang melambangkan kegembiraan dan kesenangan yang diterima dari pekerjaannya. Pekerjaan seseorang itu menyenangkan atau membosankan berkait rapat dengan sikap mental.
Baik di rumah atau pun di pejabat, terdapat perbezaan yang besar antara orang yang bekerja sepenuh hati dengan yang separuh hati. Layanan yang antusiastik iaitu penuh kesungguhan dengan layanan seadanya. Kita sebagai pencari nafkah sewajarnya bekerja dalam pekerjaan yang merupakan pilihan kita sehingga kita boleh mendapatkan kebahagiaan di situ. Adalah tidak wajar orang yang bekerja dalam suatu pekerjaan hanya kerana pekerjaan itu memberikan lebih banyak wang dibandingkan dengan pekerjaan lain. Adalah tidak wajar wang menjadi faktor penentu dalam memilih pekerjaan.
Seseorang akan mengabdikan diri pada pekerjaannya apabila ia betul-betul mencintai pekerjaan itu. Ianya akan mudah dapat mempertingkatkan diri serta mampu mendapatkan ganjaran kewangan yang penuh erti baginya, meskipun perkara ini bukanlah merupakan suatu ukuran dalam pekerjaannya.
Di dalam atau di luar rumah, jika kita berkehendak untuk mengembangkan semangat artistik dalam pekerjaannya iaitu dalam kualiti dan bukannya dalam kuantiti maka perkara inilah yang menciptakan seluruh perbezaan di dunia. Kita perlu melihat hasilnya adalah yang berkualiti tinggi walaupun kuntitinya rendah.
No comments:
Post a Comment