Friday, October 2, 2009

KESIHATAN MEMBENTUK KEDAMAIAN DIRI

Segala yang tidak berubah-ubah membuat kemampuan layu dan kebahagiaan musnah. Di sekililing, kita dapat melihat lelaki dan wanita yang terlalu cepat mati kerana mempunyai kebiasaan makanan yang tidak seimbang akibat pekerjaan mereka. Diperlukan seorang ibu yang luar biasa tenangnya dengan akal dan tubuh yang sekeras baja untuk menghadapi negitu banyak beban sehari-harian. Tidak pernah ada maksud menjadikan manusia itu hamba pekerjaannya, di mana ia harus mengerahkan seluruh tenaganya untuk mencari nafkah dan praktikal tidak mempunyai apa-apa lagi untuk menjalani hidupnya.
Banyak kedukaan di dunia yang sebenarnya merupakan akibat dari kelelahan saraf kerana kurangnya olahraga, rekreasi, tidur dan cara berfikir yang salah. Takut, khuatir dan cemas yang merupakan musuh-musuh kerehatan, kebahagiaan dan kedamaian fikiran adalah musuh yang umum juga bagi saraf kita.
Sungguh aneh bahawa kita mempelajari begitu banyak bahan di sekolah tetapi hanya ada sedikit nilai praktikalnya dan hampir tidak ada sama sekali pelajaran tentang mesin insani, padahal inilah tempat bergantung kejayaan atau kegagalan kita dalam hidup. Maha Pencipta yang telah membentuk manusia sebegitu baiknya, sementara kita merosakkan diri dan menghancurkan mekanisme dalam diri kita hanya kerana kejahilan kita.
Kita sering menyaksikan orang-orang yang melakukan hal-hal kecil, menjalani hidup yang mudah-mudah, padahal mereka memiliki kemampuan untuk hal-hal besar, untuk menjalani kehidupan hebat, kalau mereka pernah diajar untuk secara tepat menjaga tubuh badan dan akal mereka secara baik, untuk menikmati kesihatan yang baik. Kelemahan fizikal dan mental dalam segala bentuknya adalah pembunuh cita-cita. Semua itu menghancurkan kehendak untuk menang.
Apabila jiwa mengalami kebahagiaan maka segalanya mampu menghasilkan hiburan dan kesusahan hanya tinggal nama. Jika kita belum mendapat ketenangan, kedamaian dan ketenteraman dalam diri kita, maka sia-sia mencarinya di luar.

2 comments:

asilahmuhajer said...

Suka kata2 di perenggan kedua.
betapa susahnya nak cari masa utk bersenam. betapa susahnya nak lari daripada masalah..

amalhaj said...

masa memang susah dicari tapi peralatan berlambak di mana2. Kekadang dlm bilik tidor basikal jogging, ade walker, mesin urut tapi hanya dijadikan perhiasan