(apakah esok masih ada buat diriku)
hadirku tanggal januari '80
terhampar permaidani merah indah
lembut lagi penuh syahdu
bersama gemalainya jejari nan halus
bagaikan lambaian bidadari dari syurga
yang terus mebisikkan
dan mengulitkan tiduran dengan mimpi-mimpi suci
dengan terpalitnya rasa megah
diri bagaikan putera kayangan
dalam perjalananku ini
dibekalkan bersama dengan secebis doa
dan titisan airmata kasih
dari insan yang menyayangi diri ini
dan padamu cuma bicara yang ditinggalkan
kesetiaanmu yang aku harapkan
kejujuranmu yang ku pintakan
agar bunga-bunga kasih yang berkembang
terus mekar dan terus mewangi
tika berjauhan begini
hati terus terpisah dari jiwa
meninggalkan untuk bersama hatimu
meskipun di perjalanan ini
akan ada bayang-bayang yang menggoda
sering menghampiri dan ingin dihampiri
namun ianya terusku tepis dan ku terajang
kerana sesungguhnya kau tetap di hatiku
anis.am.
teluk intan, perak
No comments:
Post a Comment