Thursday, October 8, 2009

KASIH BUKANNYA KASIHAN

(mengapakah ada rasa kasih melalui rasa kasihan?)
kasih
adalah suatu yang luhur dari sekeping hati
kasihan
adalah tanda simpati juga dari sekeping hati
kasih bukannya kasihan
andainya salah dimengertikan
tiada persamaan
meskipun kita tahu
kasih bukan untuk dikasihan
kasih yang ujud melahirkan rasa sayang
yang ujud membibitkan rasa cinta
kasihan
suatu simpati yang terukir bersama menghuluri
bantuan sebagai tanda penyelesaian
bukan diselesaikan dengan kasih dan sayang
ianya ujud dari belas dan kasihan
andainya begitu tiada kerelaan
demi menempuh kehidupan
kerana
kasih dan sayang yang ujud dari rasa cinta
dan
rasa sayang jua akan terungkainya
suatu kemesraan yang abadi

hanis.fam
iab sri layang,
genting highlands

No comments: