Sunday, October 11, 2009

GURU ADALAH SEGALA-SEGALANYA

Tanggungjawab memberikan pendidikan dan pengajaran kepada anak-anak terletak pada bahu guru, ibu bapa dan juga komuniti. Ibu bapa dan komuniti mengajar anak-anak secara umum dan secara tidak langsung, terutama tentang pengetahuan warisan di mana anak-anak itu terdidik menerusi proses sosialisasi. Guru pula mendidik dan mengajar dengan lebih khusus, secara langsung dan dalam bentuk yang formal. Pendidikan dan pengajaran di sekolah dilakukan secara terancang, sistematik serta lengkap dengan dengan kurikulum serta kelengkapannya. Oleh itu tugas dan peranan guru adalah lebih penting daripada ibu baoa dan komuniti.
Adalah sukar untuk menyamakan profesion perguruan dengan profesion yang lain. Peranan guru merangkumi pertumbuhan dan perkembangan jasmani dan rohani, memberikan makanan otak dan makanan jiwa. Guru memupuk dan membentuk anak-anak menjadi insan mulia, membina generasi yang ideal dan sihat. Apakah cukup masa yang diberikan di sekolah rendah selama enam atau tujuh tahun bagi mendidik murid-murid. Begitu juga masa di sekolah menengah selama lima hingga tujuh tahun?
Pengaruh guru terhadap anak-anak jauh lebih kuat daripada ibu bapa, meskipun anak itu adalah anak seorang guru. Mereka lebih yakin dengan guru mereka walaupun ibu bapa juga seorang guru. Justeru itu, perguruan adalah merupakan profesion yang amat besar tugas dan peranaannya. Guru perlu bersedia untuk bersaing dengan perubahan terkini dalam dunia pendidikan dengan memperkemaskan diri dengan isu-isu pendidikan semasa.
Meningkatkan makna pengajaran dan kecekapan guru dapat memberi gambaran yang lebih baik mengenai erti seorang guru. Tetapi, bagaimanakah seseorang itu akan dapat memahami erti pengajaran dan pembelajaran? Kerja seorang guru itu adalah luas. Begitu juga dengan peranan seorang guru.
Mengajar selalunya membawa erti memberi petunjuk, keterangan dan menceritakan. Namun begitu hanya sedikit yang boleh "diajarkan" dengan cara begitu. Disamping itu, mengajar juga bererti menunggu namun ada ketikanya juga bertindak. Seringkali guru dikehendaki untuk melaksanakan sesuatu menurut ukuran yang ditentukan oleh orang lain, tetapi ukuran terbaik baginya ialah apa yang telah ditentukannya sendiri untuk dirinya.
Guru ialah orang yang "terpelajar". Ia harus tahu lebih banyak daripada muridnya. Namun, ia juga perlu sedar bahawa ia tidak mengetahui semua perkara. Paling penting, ia juga perlu sedar bahawa dirinya sebenarnya adalah juga seorang pelajar. Guru sering menjadi teladan kepada muridnya tetapi sebagai manusia biasa, ia juga ada melakukan kesalahan.

2 comments:

kembara kelana said...

abg
entri yang baik...mintak izin kopi pes untuk disebarluarkan dan mesra penggunakan komen
klik setting
klik komen
klik no pada verifikasi
save
adik malas nak nulis menda huruf tu macam orang cacat

amalhaj said...

no problem utk dicopy. yg problem xfaham arahan adik tuh. hehehehehe