KHUTBAH JUMAAT
11 Zulkaedah 1430 bersamaan 30 Oktober 2009
Wahai hamba-hamba Allah! Bertaqwalah eskalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyerus diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhan-Nya dan menjauhi segala yang dutegah-Nya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 152 Surah Ali Imran yang bermaksud:-
Dan demi sesungguhnya, Allah telah menepati janji-Nya (memberi pertolongan) kepada kamu ketika kamu (berjaya) membunuh mereka (beramai-ramai) dengan izin-Nya sehingga ke masa kamu lemah (hilang semangat untuk meneruskan perjuangan) dan kamu berbalah dalam urusan (perang) itu, serta kamu pula menderhaka (melanggar perintah Rasulullah) sesudah Allah perlihatkan kepada kamu akan apa yang kamu sukai (kemenangan dan harta rampasan perang). Diantara kamu ada yang menghendaki keuntungan dunia semata-mata dan di antara kamu ada yang menghendaki akhirat, kemudian Allah memalingkan kamu daripada menewaskan mereka untuk menguji (iman dan kesabaran) kamu dan sesungguhnyaAllah tela memaafkan kamu (semata-mata dengan limpah kurnia-Nya). Dan (ingatlah), allah sentiasa melimpahkan kurnia-Nya kepada orang-orang yang beriman.
Bulan Syawal telah meninggalkan kita dan sekarang kita berada dalam bulan Zulkaedah. Namun kita masih lagi mengingati kepada beberapa peristiwa besar yang pernah berlaku dalam bulan Syawal seperti Peperangan Uhud yang berlaku pada pertengahan bulan Syawal tahun ke-3 Hijrah. Ini diikuti dengan Peperangan Ahzab atau khandak yang berlaku pada bulan Syawal berlarutan sehingga awal bulan Zulkaedah tahun ke-5 Hijrah. Peperangan Hunain yang berlaku pada tahun ke-8 Hijrah iaitu selepas Pembukaan Kota Mekah. Peperangan besar ini menyedarkan kita bagaimana api permusuhan kuffar terhadap Islam tidak pernah padam malah terus membara serta ia tidak mengenal tempat dan masa. Jika Rasulullah s.a.w. bersama para pejuang Islam terpaksa berdepan dengan musuh yang nyata pada peperangan tersebut sedangkan kita pada hari ini ramai yang kecundang dengan nafsu syahwat dan syaitan pada dalam kehidupan seharian kita. Betapa ruginya bila diri yang telah bersih kembali kotor dengan dosa. Betapa malangnya jiwa yang suci kembali dicemari oleh jijiknya maksiat.
Sidang Jumaat yang diberkati Allah.
Melalui ketiga-tiga peperangan ini kita dapati pelbagai pengajaran penting yang mesti diambil antaranya ialah bahawa proses menang dan kalah merupakan suatu ketentuan Allah. Ia bukannya datang secara kebetulan dan bergantung kepada nasib semata-mata. Kita perlu faham tentang ketentuan kemenangan dan ketentuan kekalahan. Musuh Islam sekali pun tetap diberi kemenangan jika mereka memenuhi syarat kemenangan. Bagitu juga dengan umat Islam jika mencukupi syarat kekalahan, maka kita akan kalah walaupun perjuangan Islam adalah benar sekali pun.
Sayyidina Ali Karramallahu wajhah pernah mengingatkan kita:
"Kebenaran yang bergerak tanpa organisasi dan perancangan yang tersusun bakal dikalahkan oleh kebatilan yang bergerak dengan cara tersusun".
Perjuangan Islam tidak dijanjikan dengan kemenangan yang mudah sebaliknya memerlukan kepada kesungguhan dan istiqamah. Kemenangan Islam tidak datang melayang sebaliknya menuntut kepada pergorbanan dan keikhlasan. Janji kejayaan daripada Allah tidak diperolehi dengan jalan yang senang sebaliknya menuntut kepada semangat kental. Bolehkah kita berjaya jika musuh Islam berusaha siang dan malam dalam menghancurkan kita sedangkan ramai umat Islam tenggelam dalam maksiat hampir keseluruhan masa.
Bolehkah kita menang jika musuh Islam menggunakan seluruh kekuatan yang ada untuk merosakkan kita sedangkan umat Islam lebih senang berehat dan berhibur daripada memperjuangkan Islam. Mampukah kita mengalahkan musuh jika kita berperang untuk mengautkan keuntungan dunia dan takut kepada kematian sebagaimana musuh. Jangan banyak bertanya kepada Allah, mengapa kita belum menang sebaliknya perbaikilah kelemahan yang masih ada dalam diri sendiri agar memenuhi syarat kemenangan.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Sempena hari Jumaat yang mulia ini juga maka kita mengucapkan takziah kepada mangsa gempa bumi di Padang, Indonesia. Kita juga wajib mengambil iktibar daripada peristiwa yang dahsyat ini untuk memperbaki diri agar menjadi hamba yang taat Allah bukannya golonganpenderhaka. Ada pendapat yang mengkaji keselarasan ayat Al-Quran dengan peristiwa gempa bumi di Padang Sumatera. Terpulanglah kepada kita untuk menilai dan menentukan kesahihan kajian tersebut. Pendapat tersebut menyatakan gempa bumi yang berlaku di Padang pada 30 September tempohari ialah tepat jam 5.16 petang (atau jam 17:16) dan gegaran kedua berlaku pada jam 5.58 petang (atau jam 17 :58)
Sementara esoknya 1 Oktober jam 8.52 pagi, berlaku gegaran susulan di Jambi. Apabila kita selaraskan masa berlaku gempa bumi dengan surah dan ayat Al-Quran, kita akan temui persamaannya seperti berikut. (Jam 17:16 bersamaan Surah ke 17 ayat ke 16) (Jam 17:58 bersamaan Surah ke 17 ayat ke 58) dan (Jam 8.52 bersamaan Surah ke 8 ayat ke 52). Secara susunan dalam Al-Quran maka surah ke 17 ialah surah Al-Israaa' manakala surah ke 8 ialah surah Al-Anfaai.
Bila direnungi satu persatu ayat-ayat tersebut iaitu bermuda dengan firman Allah dalam surah Al-Israaa" ayat 16:-
"Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri maka Kami perintahkan kepada orang-orang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kederhakaan dalam negeri itu maka sudah sepantas berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.
Diikuti dengan firman Allah dalam surah Al-Israa' ayat 58:-
"Tak ada suatu negeri pun (yang derhaka penduduknya) melainkan Kami membinasakan sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Luh Mahfuz)."
Manakala firman Allah dalam surah Al-Anfaal ayat 52:-
"(Keaadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir'aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah maka Allah menyiksa mereka disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya."
Tiga ayat di atas jelas menunjukkan azab dan musibah yang Allah s.w.t. timpakan ke atas sesebuah negara atau negeri mengikut keimanan dan ketaatan mereka kepada Allah.
Pertama mereka yang melakukan maksiat, degil serta ingkar perintah Allah s.w.t. yang mendapat dua kali pembalasan azab iaitu di dunia dan di akhirat.
Kedua, orang baik dan membiarkan kejahatan berlaku yang akan di abals di dunia serta akhirat kerana tidak menjalankan tanggung jawab menyeru kepada kebaikan, melarang perbuatan mungkar.
Ketiga ialah orang soleh yang melakukan amal ibadat dengan tekun tetapi turut berdepan dengan musibah di dunia dan mereka ini akan mendapat pelepasan di akhirat di atas kesabaran ketika menerima ujian Allah s.w.t. itu. Oleh itu ada orang yang ditimpa musibah menjadi orang yang dikasihi oleh Allah jika ia mampu dihadapi dengan tabah kerana golongan yang paling banyak dan teruk dikenakan bala atau ujian oleh Allah ialah para nabi sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Tirmizi daripada Mas'ab bin Sa'ad daripada ayahnya:-
"Aku bertanya: Wahai Rasulullah! Siapakh dikalangan manusia yang laing kuat ujiannya? Sabdanya: Para nabi kemudian seumpamanya maka sepertinya. Diuji seoranglelaki mengikut kadar agamanya, sekiranya agamanya kuat maka semakin kuatlah ujiannya dan jika agamanya lemah maka diuji mengikut kadar agamanya. Maka bala ini berkekalan kepada hambaNya sehinggalah ia berhenti berjalan di muka bumi dan tiada lagi dosa ke atas.
No comments:
Post a Comment