Saturday, October 3, 2009

SURAH YUSUF

SURAH YUSUF
Surah ini turun di Mekah dan mengandungi 111 ayat. Kisah Nabi Yusuf dalam surah ini mencakupi 98 ayat dengan menjelaskan bahawa wahyu yang turun kepada Nabi Muhammad s.a.w. adalah kitab mubin, kitab yang memberi penjelasan. Manakala ayat kedua menyebutkan tentang al-Quran yang memberi isyarat bahawa al-Quran menggunakan bahasa manusia.
Wahyu tersebut juga memuatkan kisah yang sangat baik sehingga dapat diambil sebagai pengajaran. Cerita Nabi Yusuf diakhiri dengan penjelasan bahawa cerita tersebut belum diketahui oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan termasuk yang ghaib sebelum datang wahyu.
Dijelaskan pula bahawa angkuh dan dengki sebagai inti kisah banyak membawa seseorang kepada kekafiran dan bahawa risalah Nabi Muhammad s.a.w. bukan untuk mencari upah namun untuk memberi hidayah dan peringatan kepada segenap manusia.
Surah ini ditutup dengan penjelasan bahawa cerita-cerita nabi dituturkan untuk diambil pengajaran oleh orang yang berfikir. Keistimewaan surah ini ialah kisah Nabi Yusuf disebutkan secara utuh dan menunjukkan kekuasan serta kehendak Allah s.w.t. yang selalu mengalahkan muslihat dan tipu daya orang yang dengki. Maka hendaklah kita beriman dan berpegang kepada ketentuan-Nya.

No comments: